ad ld

Pages

Tuesday, October 21, 2014

Dato Siti Nurhaliza Cipta Rekod Di Anugerah Planet Muzik 2014

Anugerah Planet Muzik 2014 yang berlangsung di Singapura pada Jumaat lalu menyaksikan beberapa artis negara telah berjaya menggondol beberapa anugerah utama.


Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza telah dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia, sekaligus mencatatkan satu lagi rekod baru di dalam karier pelantun lagu 'Jaga Dia Untukku' ini.

Kemenangan tersebut merupakan trofi ke-26 Siti di APM sepanjang 13 tahun penganjurannya. Selain itu, kumpulan rock lagenda tanahair, ‘Wings’ telah menerima Anugerah Khas Planet Muzik manakala penyanyi yang popular dengan lagu 'Arjuna Beta', Fynn Jamal memenangi Artis Baru Terbaik (Wanita).

Berikut adalah keputusan penuh APM 2014;
Anugerah Khas Planet Muzik: Kumpulan Wings
Lagu Terbaik APM: Setelah Kau Tiada- Cakra Khan
Artis Baru Terbaik (Lelaki): Tulus- Indonesia
Artis Baru Terbaik (wanita): Fynn Jamal
Nova Media Sosial: Khareez Kasbulah
Ikon Media Sosial: Taufik Batisah
Artis Paling Popular (Singapura) : Taufik Batisah
Lagu Paling Popular (Singapura): Ikrar Kasih – Taufiq Batisah 
Lagu Paling Popular APM: Dia Dia Dia – Fatin Shidqia Lubis
Artis Paling Popular (APM): Noah
Band Terbaik: Noah
Kolaborasi Terbaik (Artis): Kalau aku kaya- Awi Rafael Dan Altimet
Kolaborasi Terbaik (Lagu): Mimpi – Aisyah Aziz / Faizal Tahir/ Omar K
Artis Terbaik (Lelaki): Judika
Artis Terbaik (Wanita): Dato’ Siti Nurhaliza
Duo / Kumpulan Terbaik APM 2014: Hafiz dan Rossa
Lagu Terbaik Singapura: Tiada Pengganti- Sufie Rashid
Lagu Terbaik Malaysia: Lebih Indah- Dato Siti Nurhaliza
Lagu Terbaik Indonesia: Setelah Kau Tiada- Cakra Khan mediahiburan

No comments: