ad ld

Pages

Wednesday, August 20, 2014

Keputusan Terkini Piala Malaysia 2014 Kelantan 3 P Pinang 1, Pahang 2 Lions 1 (Gambar)

Naib juara Piala Malaysia 2013, Kelantan mencatat kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan C setelah membenam Pulau Pinang 3-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Baru. Skuad 'The Red Warriors' membuka jaringan menerusi Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-10 selepas menerima hantaran kapten pasukan Mohd Badri Radzi.


Francis Forkey Doe meledakkan gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-21 selepas Ahmad Fakri dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain lawan, Fakhrul Radzi Yaacob.

Ahmad Fakri muncul wira apabila menghadiahkan gol kemenangan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-87 sementara Pulau Pinang meraih gol tunggal menerusi Muhd Rafiuddin Rodin pada minit ke-59. Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) terikat seri tanpa jaringan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pahang mengukuhkan kedudukan carta teratas kumpulan A saingan Piala Malaysia 2014 selepas mengalahkan kelab Singapura, Lions XII 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura. Kemenangan tersebut membolehkan skuad Tok Gajah kendalian Zainal Abidin Hassan kekal berada di tangga teratas kumpulan dengan kutipan enam mata.

Dua gol Tok Gajah dijaring pemain import, Dickson Nwakaeme pada minit ke-12 dan Mohd Fauzi Rozlan (87') manakala gol tunggal pasukan tuan rumah disumbangkan Mohamad Faris Ramli pada minit penghujung perlawanan.

Dalam satu lagi saingan kumpulan A, Felda United menundukkan Johor Darul Ta'zim II 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Skuad 'The Fighters' memperoleh jaringan menerusi Ahmad Syamim Yahya pada minit kelima, Edward Junior Wilson (31') dan Shahrulnizam Mustapa (69') manakala JDTII meraih dua gol melalui sepakan penalti oleh Mohd Zaquan Adha (47') dan Shafiq Shaharudin (61'). mstar

--  Nora Danish Terperangkap Dalam Lif Hotel Legoland Sejam (Gambar)
--  Honda Jazz 2014 Harga Spesifikasi Dan Pilihan Warna (Gambar)
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar) 

No comments: