ad ld

Pages

Showing posts with label artis bercerai. Show all posts
Showing posts with label artis bercerai. Show all posts

Saturday, December 20, 2014

Farah Asyikin Fail Cerai Zaahier Stanley (Gambar)

Tiada angin, tiada ribut, rumah tangga yang dibina Farah Asyikin sejak 2 tahun lalu bergolak selepas pasangan ini dilaporkan bakal bercerai.
Nama Farah Asyikin dan pasangannya, Zaahier Stanley dipapar di papan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Pun begitu, Fara dan Zaahier tidak hadir ke mahkamah dan kes berkenaan ditangguh pada 21 Januari untuk sebutan semula. Untuk rekod, pasangan ini telah berkahwin pada 15 Februari 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Thursday, December 18, 2014

Sari Yanti Cerai Tebus Talak RM10 Ribu (Gambar)

Mahkamah Rendah Syariah Petaling diberitahu bahawa pasangan pelakon Sari Yanti dan suaminya, Mohd. Edy Casmadi Che Hussain telah bercerai secara tebus talak sebanyak RM10,000 di Mahkamah Syariah Seremban, Khamis lalu.


Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Edy Casmadi memberitahu perkara itu kepada Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah ketika perbicaraan kes nusyuz pelakon itu.

Tuesday, April 29, 2014

Adam AF2 Dan Fiza Elite Bercerai Talak Satu Selepas 7 Bulan Nikah

Pasangan selebriti Adam (AF) dan Fiza (Elite) sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah pada tengah hari Isnin selepas tujuh bulan menjadi suami-isteri. Lafaz cerai dilakukan dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri  Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.


Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia dan Fiza bercerai secara baik tanpa sebarang tuntutan. "Ya, hari ni sudah jatuh talak. Dan itulah ia," katanya ringkas selepas selesai prosiding kes perceraian mereka.

Tuesday, February 25, 2014

Liza Abdullah Berpelukan Menangis Dengan Suami Sebelum Bercerai Di Mahkamah (Gambar)

Pelakon terkenal 80-an Liza Abdullah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira pukul 3.05 petang pada Isnin. Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik.


Suasana di dalam kamar mahkamah pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai dibuat. Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka.

Engku Emran Dapat Hak Penjagaan Anak (Gambar)

Susulan berita perceraian penyanyi Erra Fazira dan Engku Emran, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan hak penjagaan anak, Engku Aleesya diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

"Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah," ujar Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin. Ketika prosiding berlangsung, Erra Fazira dan Engku Emran juga mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.

Sementara itu, Erra turut meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik. "Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi. Kerjaya menjadi fokus utama saya kini," ujar Erra. mediahiburan

Monday, January 16, 2012

Hattan Dan Farah Asyikin Bercerai

Meskipun sedih apabila mahligai yang baru dibina musnah dalam tempoh dua bulan, penyanyi Biso Bona, Hattan menolak andaian sesetengah pihak bahawa perceraian dengan isterinya Farah Asyikin Osman, 33, berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

Beliau sebaliknya menegaskan, perceraian tersebut disebabkan kegagalan mereka memahami dunia masing-masing yang berbeza.

Wednesday, December 15, 2010

Ida Nerina Dan Shahrin Bercerai Talak Satu

Pelakon Ida Nerina dan suami, Shahrin sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Isnin lps.


Nak tahu lbh2, tgk SINI..