ad ld

Pages

Monday, January 16, 2012

Hattan Dan Farah Asyikin Bercerai

Meskipun sedih apabila mahligai yang baru dibina musnah dalam tempoh dua bulan, penyanyi Biso Bona, Hattan menolak andaian sesetengah pihak bahawa perceraian dengan isterinya Farah Asyikin Osman, 33, berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

Beliau sebaliknya menegaskan, perceraian tersebut disebabkan kegagalan mereka memahami dunia masing-masing yang berbeza.

Hattan, 48, mengakui dalam tempoh tersebut, beliau dan isteri cuba berusaha untuk mendampingi antara satu sama lain sebaik mungkin tetapi gagal.

"Perceraian kami bukan kerana orang ketiga atau tertekan didakwa bercerai talak tiga. "Sebagai individu yang pernah berkahwin, kami berusaha untuk cuba mendampingi satu sama lain dengan sebaik mungkin serta memahami dunia kami yang berbeza namun ia tidak berjalan seperti yang dirancang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Hattan atau nama sebenarnya Shukri Sahabudin bernikah dengan Farah, seorang ahli perniagaan, dua bulan lalu iaitu pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi itu di Seri Menanti, Negeri Sembilan. kosmo

-- Fizo Takut Diisytihar Muflis, Hutang RM2 Juta
-- Kapal KD Mutiara TLDM Terbakar

No comments: