ad ld

Pages

Saturday, January 7, 2012

Polis Benarkan Perhimpunan 901

Polis Kuala Lumpur membenarkan penyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta di luar pekarangan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta pada Isnin ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, persetujuan itu dicapai selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.

"Penganjur mesti memastikan perhimpunan ini dijalankan secara aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam," katanya. kosmo

No comments: