ad ld

Pages

Saturday, January 14, 2012

Kapal KD Mutiara TLDM Terbakar

Sebuah kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar di limbungan Malaysian Marine and Haevy Engineering (MMHE) Sdn. Bhd., Pasir Gudang petang kelmarin mengakibatkan lebih separuh kapal tersebut musnah.

KD Mutiara yang merupakan kapal pengukur kedalaman laut sedang menjalani kerja-kerja baik pulih di MMHE apabila kebakaran itu berlaku pada pukul 7.30 petang.

Kebakaran yang berlaku ke atas kapal empat tingkat sepanjang lebih 70 meter dan sedang dibaik pulih itu, telah menyebabkan bahagian hadapan kapal rosak teruk. Kerja-kerja baik pulih kapal tersebut dijangka siap Mei depan.

“Jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan namun tiada sebarang kemalangan membabitkan kapal-kapal lain atau kemudahan di limbungan MMHE,’’ kata MMHE. kosmo

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Dayana Di Mekah

No comments: