ad ld

Pages

Tuesday, April 29, 2014

Adam AF2 Dan Fiza Elite Bercerai Talak Satu Selepas 7 Bulan Nikah

Pasangan selebriti Adam (AF) dan Fiza (Elite) sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah pada tengah hari Isnin selepas tujuh bulan menjadi suami-isteri. Lafaz cerai dilakukan dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri  Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.


Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia dan Fiza bercerai secara baik tanpa sebarang tuntutan. "Ya, hari ni sudah jatuh talak. Dan itulah ia," katanya ringkas selepas selesai prosiding kes perceraian mereka.

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula menyifatkan mereka sudah tiada jodoh selepas pelbagai usaha menyelamatkan rumah tangga dilakukan. "Saya anggap kami tiada jodoh. Siapa yang nak bercerai bukan? Tambah pula ini adalah perkahwinan saya yang kedua. "Saya reda dengan ketentuan Allah," katanya.

Terdahulu suasana di ruang mahkamah menjadi kecoh apabila Fiza memohon kepada mahkamah agar mengarahkan para wartawan tidak berada di dalam ruang mahkamah. Fiza berkata, dia enggan kisah peribadinya bersama Adam  didedahkan pihak media kepada umum. Permohonan itu kemudiannya dibenarkan oleh Tuan Muhamad Nazri.

"Saya memohon agar kes kami dibicarakan tanpa wartawan atau pihak-pihak lain dalam ruang mahkamah ini. "Ini adalah atas alasan saya seorang selebriti yang dikenali. Saya tidak mahu masyarakat tahu tentang hak peribadi kami," katanya sebelum bermulanya prosiding. Adam dan Fiza tiba di mahkamah sekitar pukul 12 tengah hari dan prosiding kes penceraian mereka bermula kira-kira 45 minit kemudian.

Pasangan itu telah bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan. Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010. Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5. Ia merupakan perkahwinan pertama buat Adam. mstar

-- Surat Perjanjian Perceraian Nurul Izzah Dan Raja Ahmad Tersebar Di FB (Gambar)
-- Linda Hashim Bersalin Anak Perempuan Jelita Clarissa (Gambar)
-- Shila Amzah Pakai Gaun Pendek Dan Seluar Ketat ND Lala Beri Penjelasan (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments: