Polis menahan bekas pemandu anak sulung Menteri Dalam Negeri, Datuk 
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi membantu siasatan berhubung kejadian 
kecurian di rumahnya di Country Heights, Kajang pada Sabtu lalu. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata 
lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Seri Kembangan pada 
pukul 1 pagi Ahad.
  | 
| gambar hiasan | 
Katanya, lelaki terbabit dipercayai menceroboh masuk ke rumah bekas 
majikannya, Nurul Hidayah menggunakan kunci rumah yang diberikan ketika 
masih berkhidmat. "Siasatan awal bagaimanapun mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk 
dalam kejadian itu," katanya selepas melancarkan Program Keselamatan 
Jalan raya dan Pemanduan Berhemah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen 
Selangor.
Beliau berkata, lelaki itu ditahan reman sehingga esok. Pada kejadian Sabtu lalus, lelaki itu dipercayai melarikan dua jam tangan serta wang tunai RM1,000. mstar
-- 
Instagram Antara Punca Fiza Dan Adam AF2 Bercerai
-- 
(Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis Di Kg Lembah Raja Pinang Tunggal P Pinang
-- 
Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- 
Shila Amzah Pakai Gaun Pendek Dan Seluar Ketat ND Lala Beri Penjelasan (Gambar)
 
No comments:
Post a Comment