Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya 
masing-masing dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi pada 
Jumaat selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam
 badan, empat tahun lepas. Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas membenarkan 
rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya 
yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 30 September tahun 
lepas.
Beliau turut memerintahkan kesemua tertuduh diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun. Hakim Nurchaya bagaimanapun menolak permohonan kos pendakwaan oleh pihak
 perayu yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad.
Pada 30 Sept tahun lepas, Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid melepas dan 
membebaskan Saiful Apek, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed 
Yusoff, 45, serta tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions 
iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 31 Shaiful Baharom, 
27 dan Noremy Mohamad, 31, daripada pertuduhan selepas berpuas hati 
pembelaan mereka berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes 
pendakwaan. Berikutan keputusan itu, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret sama melepas dan membebaskan kesemua 
tertuduh tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan
 gagal membuktikan kes prima facie. Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu 
mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi dan pada 22 Mei tahun 
lepas. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah memerintahkan kesemua tertuduh membela diri selepas membenarkan rayuan tersebut.
Saiful Apek, Shah Zainatull Ehsan, Shaiful dan Noremy didakwa melakukan 
kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat
 Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri 
Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 
boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman 
maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan. mstar
--  Pernikahan Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Di Balik Pulau (Gambar)
--  Linda Hashim Bersalin Anak Perempuan Jelita Clarissa (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 
 
 

No comments:
Post a Comment