ad ld

Pages

Showing posts with label masukkan dadah dalam badan. Show all posts
Showing posts with label masukkan dadah dalam badan. Show all posts

Sunday, April 27, 2014

Saiful Apek Dan Pekerja Didenda RM2500 Masuk Dadah Dalam Badan

Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya masing-masing dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan, empat tahun lepas. Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 30 September tahun lepas.


Beliau turut memerintahkan kesemua tertuduh diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun. Hakim Nurchaya bagaimanapun menolak permohonan kos pendakwaan oleh pihak perayu yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad.