Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya
masing-masing dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi pada
Jumaat selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam
badan, empat tahun lepas. Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas membenarkan
rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya
yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 30 September tahun
lepas.
Beliau turut memerintahkan kesemua tertuduh diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun. Hakim Nurchaya bagaimanapun menolak permohonan kos pendakwaan oleh pihak perayu yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad.