ad ld

Pages

Saturday, November 8, 2014

Matahari Terbit Lagi Drama Terbaik ASK 2014 (Gambar)

Drama terbitan Al Hidayah Production berjudul Matahari Terbit Lagi diangkat sebagai Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Drama yang diterajui oleh pelakon Syed Ali, Mubarak Majid, Mimi Ernida dan Shawal Ruslan itu menewaskan drama lain seperti Balqis. 

Matahari Terbit Lagi  turut menggondol anugerah bagi Pengarah Terbaik iaitu Azeli Mohammad dan Pelakon Lelaki Drama Terbaik melalui Anuar Chew Abdullah dan anugerah daripada kategori teknikal iaitu Lakon TV Terbaik. Manakala, pelakon cilik Puteri Balqis pula diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Balqis.

Antara calon yang tewas dalam kategori tersebut adalah Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin. Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Namron menerusi lakonan cemerlangnya dalam Balqis.

Manakala Nabila Huda membuat kejutan apabila memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama menewaskan calon-calon seperti Didie Alias, Fauziah Nawi, Izreen Azminda dan ElFaeza.

Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada karya terbitan Pesona Pictures berjudulTanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang dibintangi oleh Rusdi Ramli, Faezah Elai dan Linda Hashim. Datin Paduka Shuhaimi Baba diumum sebagai Pengarah Terbaik Filem. Manakala Zizan Nin turut memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik Filem.

Lakonan berkesan Sharifah Amani dalam Psiko Pencuri Hati telah membawa tuah kepadanya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem. Manakala Namron merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem yang sama.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Terbaik Filem dimenangi oleh Zizan Nin (Tanda Putera) dan Natasha Hudson (Lemak Kampung Pandan). Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

ASK 2014 pada tahun ini mengangkat tema prestij dan angun dan siaran langsung itu dihoskan oleh Fahrin Ahmad. Ia disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam di TV3. Kategori lain turut menampilkan barisan artis seperti Amy Search, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Yusof Haslam, dan Ziela Jalil sebagai penyampai anugerah.

Manakala persembahan pada malam itu diserikan oleh Hafiz Suip, Black, Lan Typewriter, Nora Danish, Fathia Latif, Aziz M.Osman, Ruminah Sidek dan Erma Fatimah. Secara keseluruhan, ASK 2014 mempertandingkan sebanyak 31 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman.


Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2014
DRAMA TERBAIK

Matahari Terbit Lagi
PENGARAH DRAMA TERBAIK
Azeli Mohammad (Matahari Terbit Lagi)
PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA
Anuar Chew Abdullah (Matahari Terbit Lagi)
PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
Puteri Balqis (Balqis)
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
Namron (Balqis)
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK DRAMA
Nabila Huda (Balqis)
DRAMA RANTAIAN TERBAIK
Ummi (Filmscape Sdn Bhd)
DRAMA KOMEDI TERBAIK
Nasi Ayam Duda
LAKON TV TERBAIK
Eenaz Mokhtar (Matahari Terbit Lagi)
DRAMA BERSIRI TERBAIK DI LAMAN SOSIAL
Ariana Rose
DRAMA PREMIUM TERBAIK
Carlos Bolos (Frontrow Pictured Sdn Bhd)

FILEM TERBAIK
Tanda Putera
PENGARAH TERBAIK FILEM
Datin Paduka Shuhaimi Baba (Tanda Putera)
PELAKON WANITA TERBAIK FILEM
Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)
PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM
Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM
Natasha Hudson (Lemak Kampung Santan)
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
Zizan Nin (Tanda Putera)
LAKON LAYAR TERBAIK
Hand Isaac (Lemak Kampung Santan)

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN
RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK
Dengan Basikal Aku Menjelajah : Cahaya Misteri Arrora Borealis ( TV Alhijrah)
RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK
MHI (Misi Mencari MH370)
RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
Rockestra - TV9
RANCANGAN ANUGERAH TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 28 -TV3
RANCANGAN REALITI TERBAIK
Bintang Mencari Bintang -  TV3
LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK
Buletin Utama (Kude Kelate)
KATEGORI TEKNIKAL VIDEOGRAFI TERBAIK
Mohammad Mohd Rameli
SUNTINGAN TERBAIK
Self Made - 8TV
PENATAAN CAHAYA TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG TERBAIK
Shout Award 2013 - 8TV
PENATAAN BUNYI TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG
The Ultimate Song : Grand Finale -8TV
REKA BENTUK SET TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 28 - TV3
MONTAJ TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 28 - TV3 -mstar

--  Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
--  Cinta Pantai Merdeka Di Hari Cuti
--  Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

No comments: