ad ld

Pages

Showing posts with label gambar kemalangan ngeri. Show all posts
Showing posts with label gambar kemalangan ngeri. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Kemalangan Terowong Menora 6 Kereta Dan Lori Saya Minta Maaf Mak (Gambar)

Perjalanan lima sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha pada Ahad berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila ibu dan seorang anaknya maut dalam kemalangan di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, selepas Terowong Menora.


Dalam kemalangan pukul 11.30 pagi membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu, mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik beradik lain mengalami cedera ringan.

Saturday, December 7, 2013

Kemalangan Di Km 244 Lebuhraya PLUS Senawang 2 Maut Bayi 10 Bulan Parah (Gambar)

Seorang lelaki dan seorang wanita terbunuh manakala tiga cedera parah dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di KM244 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Senawang pada pukul 4.30 petang Jumaat. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk menjangkau dari Senawang ke Pedas Linggi, menurut tweet daripada pengguna.


Mereka yang terbunuh ialah pemandu bas ekspres dan penumpang wanita dalam Perodua MyVi. Difahamkan bayi, yang juga penumpang dalam MyVi itu berada dalam keadaan kritikal selepas kemalangan. Bas ekspres itu tidak membawa sebarang penumpang ketika kejadian.

Kenderaan lain yang terlibat ialah motosikal, sebuah Perodua MyVi, teksi Toyota Innova dan dua lori tangki. Dua trak bomba dan 14 anggota dari balai bomba Senawang dan Rembau dihantar ke tempat kemalangan untuk membantu menyelamatkan mangsa, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis. mstar

--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Gambar Kemalangan Maut Di Km 254 Lebuhraya PLUS Tol Senawang
--  Tiga Lamborghini Terbakar Kemalangan Di Km 259 Lebuhraya PLUS Seremban (Gambar)
--  Rogol Gadis 12 Tahun Sebelum Kahwin Kes Pengantin Muda Dibuka Semula
--  Nadia Annuar TV3 Putus Cinta Sammy Simorangkir Kerispatih Kerana Perbezaan Agama (Gambar)

Thursday, February 14, 2013

Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta - Bas Di Gerik (Gambar)

Ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti Zawiyah Ab Rahman, 63, meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di Kilometer 61.8 Lebuh Raya Timur-Barat di Gerik, Perak awal pagi Rabu.


Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu dan akan sentiasa merindui Allahyarham.

Saturday, June 11, 2011

(Gambar) Kemalangan Ngeri 4 Maut Proton Saga Terbabas Di Km 73 Jln Kuala Kangsar Gerik Perak

Ngeri tgk gambar ni, besi penghadang jalan tembus masuk dlm kereta.


 - Empat sekeluarga terbunuh, seorang parah apabila kereta Proton Saga dinaiki mereka terbabas lalu merempuh penghadang jalan di Km 73, Jalan Kuala Kangsar-Gerik. hmetro

-- (Gambar) 3 Maut Honda Civic Melambung Atas Van Vannette Di Lebuhraya Persekutuan Dkt Jln Syed Putra
-- (Gambar) Kemalangan Wish Dan Alza Di Km 53 Lebuh Raya Gerik Jeli, 4 Maut 2 Cedera
-- Kris Dayanti Mengaku Hamil 4 Bulan, Nikah Baru 4 Minggu!!!! 20 Mac 2011
-- (Gambar) Wanita Berbogel Jd Hos Program Masakan TV, Tarik Lelaki Minat Memasak!!!!

Tuesday, May 10, 2011

(Gambar) Kemalangan Ngeri 3 Maut Wira Bertembung Lori Di Port Dickson N9

Ngeri tgk gambar ni. Kemalangan maut melibatkan 3 anggota tentera di Port Dickson 2-3 hari lps. Proton Wira bertembung dgn lori.


Musim cuti sekolah pn dh x lama kan, pasti byk kenderaan masa tu. Pepun servis dulu kenderaan masing2 b4 mulakan perjalanan jauh, demi kebaikan semua pengguna. Hati hati selalu di jalanraya ok.

-- (Gambar) Bayi 18 Bln Alami Pendarahan Otak Serius, Patah Kaki Disyaki Didera Pengasuh
-- (Gambar) Gadis Tolak Cinta Disimbah Asid, 'Padan Muka Hang
-- Aksi Cium Mulut Kris Dayanti & Raul Lemos Di Sidang Media
-- (Gambar) Org Ramai Kutip Duit Bertabur Lps Kemalangan Hilux Dan BMW Di Km 234 Highway PLUS

Saturday, April 23, 2011

(Gambar) Kemalangan Ngeri Myvi Dan Lori Tangki Di Km 63 Jln Kuantan Segamat Dkt Paloh Inai, 4 Maut

Mmg ngeri tgk berita pasal kemalangan tu. Remuk teruk Myvi tu bertembung dgn lori menyebabkan 4 maut.

- Keadaan Kereta Perodua Myvi yang dinaiki empat sekeluarga selepas bertembung dengan sebuah lori treler di KM63 Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi.

Kesemua mangsa maut d itempat kejadian iaitu Diong Kah Keng, 24 serta isterinya, Koh Kiah Hui, 23; adiknya Diong Kah How, 21 dan seorang saudara mereka, Choi Kok Sin, 23. mstar

-- (Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Org Ramai Kutip Duit Bertabur Lps Kemalangan Hilux Dan BMW Di Km 234 Highway PLUS Susur Keluar Pedas

Saturday, March 12, 2011

(Gambar) Kemalangan Wish Dan Alza Di Km 53 Lebuh Raya Gerik Jeli, 4 Maut 2 Cedera

Lapan orang termasuk tiga beranak maut dalam dua kemalangan yang berlaku pada jarak kira-kira 40 kilometer dalam tempoh tidak sampai 24 jam di Lebuh Raya Gerik-Jeli kira-kira 220 kilometer dari sini. Dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari di Kilometer 53, Lebuh Raya Gerik-Jeli semalam, tiga beranak antara empat mangsa yang terkorban dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan.

Tiga sekeluarga yang terbunuh ialah Wan Sariwani Zainal, 35, dan dua anak lelakinya Mohamad Imran Haziq Zainuddin, 3, dan Mohamad Izuan Hanif, 9. Bagaimanapun, suami Sariwani, Zainuddin Omar, 35, yang memandu kereta Perodua Alza dan anak sulung mereka, Iqbal Hakim, 13, pula mengalami kecederaan parah.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu, seorang warga emas, Khadijah Ahmad, 76, yang menaiki Toyata Wish. Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, tiga beranak itu mengalami kecederaan parah di kepala dan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku semasa keluarga yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan dalam perjalanan menghala arah Gerik. kosmo

-- Nahas Bas KM 38: Tgk Kepala Rakan Tercabut Di Depan Mata
-- Cek Nuffnang Dh Sampai.. Jom Gi Bank In Lah..
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Pesta Kaut Beras Di Lebuh Raya, Kemalangan Lori Beras Dan Lori Pasir Di Km 394.4 PLUS Dkt Behrang Tanjung Malim

Tuesday, February 22, 2011

(Gambar) Saga BLM Terbakar Berlanggar Frontier Di Jln Masjid Tanah-Sg Udang, 1 Maut 3 Parah

Seorang remaja maut, 3 parah Proton Saga BLM terbakar akibat kemalangan dgn Nissan Frontier di Jalan Masjid Tanah-Sungai Udang Melaka.


- Masjid Tanah: “Kereta terbakar, keluar cepat!” jerit seorang penumpang Proton Saga BLM yang terbakar akibat kemalangan di Jalan Masjid Tanah-Sungai Udang, dekat sini, awal pagi semalam, yang berakhir dengan seorang daripada mereka terbunuh manakala tiga lagi parah.

Saksi kejadian, Sariza Othman, 24, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 pagi apabila kereta yang dinaiki empat remaja terbabit bertembung sebuah pikap, Nissan Frontier.

Menurutnya, sebelum kejadian dia memandu kereta bersama seorang teman sebelum melihat sebuah Perodua Viva memotong keretanya sebelum diikuti rapat kenderaan pacuan empat roda terbabit. Ketika di persimpangan lampu isyarat Sungai Udang-Bertam Ulu, pacuan empat roda itu cuba memotong Perodua Viva, tetapi gagal dan bertembung Proton Saga BLM dari arah bertentangan. petikan hmetro

Saturday, November 6, 2010

(Gambar) Bas Terbalik Dlm Tali Air Di Km 20 Jln Pekan-Nenasi Pahang

PEKAN: “Pemandu ini berhenti rehat nanti, aku nak tegur. Bas ini terlalu laju...aku seram,” itulah keluhan terakhir Ismail Naqiuddin Hamdan, 25, kepada rakannya sebelum dia mati lemas apabila bas ekspres Transnasional dinaikinya melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam tali air di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, bas ekspres yang membawa 33 penumpang dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor ke Kuantan turut mengakibatkan empat penumpang wanita cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Penumpang bas lain yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pekan (HP), di sini, sebelum dibenarkan pulang. Ismail yang berasal dari Taman Cenderawasih, Kuantan, menaiki bas ekspres berkenaan bersama rakannya, Shukri Zahat, 25, untuk pulang ke Kuantan selepas tamat menghadiri kursus teknologi maklumat di Senai, dekat, Johor Bahru.

Mengimbas kejadian, Shukri yang duduk di belakang Ismail Naqiuddin berkata, arwah sempat memberitahu kepadanya bahawa dia berasa tidak sedap hati berikutan bas itu dipandu laju. Menurutnya, tidak sampai lima minit selepas arwah mengeluh demikian, bas ekspres berkenaan merempuh penghadang di kiri jalan sebelum terjunam dalam tali air menyebabkan arwah tercampak ke depan.

Katanya, dalam keadaan cemas dan gelap-gelita, dia cuba mencari arwah namun gagal berikutan bas ekspres berkenaan mula dimasuki air menyebabkan dia terpaksa bertindak memecahkan cermin dalam usaha untuk menyelamatkan diri. “Ketika itu keadaan amat cemas dan sebahagian penumpang menjerit malah ada yang menangis kerana ketakutan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan serta cermin yang dipecahkan. Saya juga berasa tidak sedap hati dan terkilan kerana kata-kata arwah mahu menegur pemandu itu supaya memperlahankan kenderaan tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui, semalam.

Seorang lagi penumpang, M Marippan, 19, berkata dia yang duduk di barisan belakang cedera di dagu dan tangan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui cermin yang dipecahkan pemandu bas. Menurutnya, dia dan bapanya pulang ke Kuantan untuk menyambut Deepavali bersama keluarga bersyukur kerana terselamat namun pengalaman terbabit dalam kemalangan menaiki bas mungkin tidak dapat dilupakan selama-lamanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mayat mangsa lemas terbabit dihantar ke HP untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya pagi semalam. - hmetro

Saturday, September 18, 2010

Gambar Helikopter Bomba Terhempas Di Lanchang Pahang

Gambar Helikopter Bomba terhempas di Pahang. 

Thursday, September 9, 2010

Gambar Kemalangan Ngeri Bas, Van, Lori Dan Viva Ragut 6 Nyawa Di Jln Lahad Datu-Kunak

6 terbunuh termasuk pasangan suami isteri dan dua beranak, manakala enam lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan empat kenderaan iaitu bas ekspres, van, kereta Perodua Viva dan lori tujuh tan di Kilometer 35, Jalan Lahad Datu-Kunak, Lahad Datu, semalam.


-- Sgt menyayat hati..