ad ld

Pages

Showing posts with label gambar banjir terkini. Show all posts
Showing posts with label gambar banjir terkini. Show all posts

Sunday, December 28, 2014

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Kepada 93407 Orang (Gambar)

Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 93,407 orang pagi ini berbanding lebih 80,000 semalam, manakala di Terengganu, Pahang dan Perak tidak banyak berubah.


Jajahan Kota Baharu mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu 42,469 orang daripada 9,663 keluarga di 62 pusat pemindahan. Air dilaporkan surut sedikit di Kota Baharu dan cuaca mendung.

Tumpat merupakan satu lagi jajahan yang teruk terjejas dengan 21,396 mangsa di 31 pusat pemindahan, diikuti Gua Musang (7,529/24 pusat) dan Pasir Mas (6,319/25 pusat). mstar

-- Pesawat AirAsia QZ 8501 Surabaya Ke Singapura Hilang
-- Letupan Di Gurun Berpunca Peluru Roket Anti Kereta Kebal 44 Rumah Rosak (Gambar)
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar) 

Wednesday, February 2, 2011

(Gambar) Terkini Banjir Di Johor: Lbh 40 000 Mangsa Banjir Dipindahkan

KUALA LUMPUR – Seramai 60,389 mangsa banjir membabitkan 13,826 keluarga di seluruh negara dipindahkan ke 356 pusat pemindahan sehingga pukul 8 malam tadi.


Keadaan banjir di Johor menunjukkan penurunan dengan seramai 42,111 mangsa daripada 10,095 keluarga berada di 238 pusat pemindahan berbanding sebelah pagi iaitu 45,000 mangsa daripada 11,104 keluarga berada di 267 pusat pemindahan.

Daerah Segamat masih mencatatkan jumlah mangsa teramai iaitu 20,025 orang membabitkan 4,855 keluarga, diikuti Kluang dengan 6,840 orang daripada 1,756 keluarga.

Di Negeri Sembilan, seramai 1,549 mangsa banjir daripada 368 keluarga masih berada di 16 pusat pemindahan setelah beberapa pusat pemindahan ditutup petang semalam selepas banjir mulai surut. kosmo

-- Gambar Nora Danish, Rayqal Dan Jejai Di Jepun
-- Keluarga Jejai Masukkan Gambar - Nora Danish
-- Norman Hakim: Kami Sarapan Pagi, Bukan Duduk Serumah 
-- Koleksi Gambar Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin, Jom Tgk