ad ld

Pages

Friday, September 26, 2014

Datuk Jamil Sulong Meninggal Dunia (Gambar)

Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong, 88, meninggal dunia di rumah anaknya di Bukit Utama Damansara, pukul 9.35 malam Khamis.


Anak Allahyarham, Dr Anwardi Jamil berkata, bapanya meninggal dunia akibat serangan angin ahmar. Katanya, Allahyarham dirawat kira-kira sebulan di sebuah hospital di sini akibat penyakit berkenaan.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al-Ghufran, Pengiran Taman Tun Dr Ismail, pada pukul 9.30 pagi Jumaat untuk dimandikan dan dikafankan serta solat jenazah. Jenazah kemudiannya akan dibawa ke Janda Baik, Bentong, Pahang untuk dikebumikan selepas solat Jumaat.

Allahyarham adalah pengarah filem Melayu kedua terbanyak mengarah filem selepas Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Filem-filem arahannya seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong. Karya arahan Allahyarham juga banyak merangkul anugerah bukan sahaja dalam negara tetapi juga peringkat antarabangsa.

Allahyarham juga turut terlibat menghasilkan gurindam selain menulis dan mencipta lagu-lagu untuk P.Ramlee termasuk Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Azizah. Allahyarham berkahwin dengan Datin Rosnani Jamil dan dikurniakan empat cahaya mata. mstar

-- Majlis Baby Shower Rozita Che Wan Dan Zain (Gambar)
-- Bayi 8 Bulan Dicakar Biawak Di Pulau Tioman Kena 50 Jahitan Di Muka (Gambar)
-- Pelajar IPTA Tak Senonoh Dalam Bas Ditahan Polis
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai

No comments: