ad ld

Pages

Showing posts with label pernikahan artis. Show all posts
Showing posts with label pernikahan artis. Show all posts

Sunday, April 26, 2015

Pernikahan Sam Bunkface Dan Aida Azira Di Dewan Sapura Mines Resort City (Gambar)

Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam selamat bergelar suami kepada seorang penerbit program televisyen TV3 iaitu Aida Azira Husin, 28, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.24 pagi, Sabtu.


Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, dan Aida Azira dinikahkan oleh jurunikah Masjid Al-Islah Serdang Jaya, Mohd Ramizi.

Pada majlis yang diadakan di Dewan Sapura, Jalan tasek, Mines Resort City, Seri Kembangan, Sam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin lelaki turut menyerahkan empat dulang barangan hantaran iaitu Al Quran, mas kahwin, cincin, sejadah dan set telekung. Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas tiga dulang iaitu Al Quran, Cincin, dan sejadah.

--  Istiadat Bersanding Putera Sultan Brunei Di Istana Nurul Iman (Gambar)
--  Makanan Paling Menggemukkan Di Malaysia Melalui Kalori Jom Tengok
--  Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan R&B Cover (Gambar)
--  Amar Baharin Cedera Ditumbuk Ketika Penggambaran (Gambar)
--  Bapa Adam Adli Meninggal Dunia Kemalangan (Gambar)

Tuesday, October 28, 2014

Pernikahan Raffi Ahmad Dan Nagita Slavina Di Hotel The Ritz Charlton (Gambar)

Foto-foto sekitar majlis pernikahan pasangan pelakon dan pengacara terkenal Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina yang selamat diijabkabulkan, hujung minggu lalu.


Majlis yang berlangsung di Pacific Place Ballroom, Hotel The Ritz carlton, Jakarta ini mendapat hak penyiaran eksklusif Trans TV selama tiga hari berturut-turut. Tahniah Raffi dan Nagita.

--  Pernikahan TMJ Dan Khaleeda Bustaman Di Istana Bukit Serene Jumaat Ini
--  Kate Middleton Mengandung Anak Kembar
--  Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)
--  Pelajar IPTA Tak Senonoh Dalam Bas Ditahan Polis 

Saturday, October 26, 2013

Pernikahan Diana Amir Dan Habibbullah Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Gambar)

Pelakon Diana Amir sah bergelar isteri kepada Mohd Habibbullah A Rahman, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat. Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid berkenaan iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan oleh bapanya sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.


Pada majlis itu Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 27, turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, senaskhah Al-Quran dan cincin. Kedua-dua belah pihak tidak menyediakan sebarang hantaran pada majlis tersebut. Pasangan tersebut sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon berkenaan.