Pelakon Rafidah Ibrahim (Fida) mengakui sedang berkawan rapat dengan
pelakon komedi Zalif Sidek selepas hubungannya dengan pelawak Mamat
(Sepah) dan seorang usahawan bergelar 'S' menemui kegagalan.
Fida, 26, berkata, dia mulai rapat dengan Zalif atau nama sebenarnya
Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek, 27, sejak dua bulan lalu kerana
kesungguhan lelaki itu yang mahu mengenalinya dengan lebih dekat.
"Kami baru berkawan rapat dan belum ke tahap bercinta. Rasanya tak
salah kalau saya bagi peluang kepada dia (Zalif). Lagi pun,
masing-masing masih solo. "Dia seorang lelaki yang budiman. Saya suka dengan keberanian dan
keikhlasannya mahu mengenali saya dengan lebih mendalam," katanya ketika
ditemui mStar Online.
Mengenai keintimannya dengan Zalif yang juga seorang pelakon komedi,
Fida berkata, dia mudah tertarik dengan lelaki yang gemar berjenaka dan
periang.
"Mungkin secara kebetulan sahaja Zalif dan Mamat adalah pelakon
komedi. Hakikatnya, saya memang mudah tertarik dengan lelaki yang suka
berjenaka dan periang. "Kalau saya tertekan dengan kerja, Zalif pandai membuat saya ketawa.
Dia membuatkan saya berasa selesa apabila kami berjumpa," kongsinya.
Diusik mengenai desas-desus hubungannya dengan seorang VIP sebelum
ini, Fida berkata, mereka semakin renggang kerana perbezaan status dan
kesibukan kerja masing-masing. "Susah untuk kami rapat kerana status dan kedudukannya. Apabila gosip-gosip itu timbul sebelum ini, ia menyulitkan keadaan. "Kalau saya, mungkin tak ada masalah hendak tangani gosip kerana saya
bekerja dalam bidang ini tetapi untuk dia, keadaan itu tidak sesuai
untuknya," luahnya.
Dalam perkembangan lain, Fida berkata, dia baru sahaja menyiapkan klip video lagu versi baru Apo Kono Eh Jang yang menampilkan Datuk AC Mizal dan Stellar. "Klip video lagu itu akan dimuat naik di laman YouTube dalam masa
terdekat. Saya harap ia akan diterima baik kerana ada beberapa kejutan
dalam video itu nanti," tuturnya. mstar
-- Idaman Suri Langkawi Tempat Terapi Terbaik
-- Aaron Aziz Demam Dimasukkan Hospital
No comments:
Post a Comment