Pelakon Anne Ngasri akhirnya sah menjadi isteri kepada Setiausaha
Kerja Pemuda UMNO, Mohd. Sumali Reduan dalam satu majlis yang diadakan
di Homestay Citra, Kampung Parit Pinang, Benut semalam. Dengan mas kahwin sebanyak RM22.50 dan seutas gelang tangan emas,
pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh Kadi Daerah Segamat, Abdul
Mutalib Abdul Rahim tepat pukul 11.10 pagi semalam.
Mohd. Sumali, 40, yang telah menduda sejak tiga tahun lalu sebelum ini sah bergelar suami kepada Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 26, dengan sekali lafaz sahaja. Pada majlis itu, pengantin bertukar-tukar hantaran iaitu lima dulang daripada Mohd. Sumali dan Anne juga membalas dengan lima dulang hantaran. Wang hantaran pula berjumlah RM11, 111.11.