Kereta Mercedes Benz S320 bernombor pendaftaran KBV 8  yang menjadi 
kenderaan rasmi Menteri Besar Kedah, kini menjadi bualan ramai, 
gara-gara dakwaan beberapa laman sosial dan blog pro pembangkang bahawa 
kereta itu bertukar ‘wajah’ namun menggunakan nombor plat sama.
Berdasarkan dakwaan itu, kerajaan negeri dikatakan membeli Mercedes 
Benz S300 sekitar penghujung tahun lalu, namun menggunakan plat lama, 
KBV 8 pada kereta baharu berikutan nombor plat itu didaftarkan bawah 
kerajaan negeri sebagai kereta rasmi Menteri Besar Kedah.
Bagaimanapun, kereta yang dimaksudkan itu tidak kelihatan di pekarangan
 Wisma Darul Aman, dan difahamkan berada di sebuah bengkel kereta bagi 
tujuan pemeriksaan. Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, bagaimanapun menafikan membuat 
pembelian kereta baharu bagi kegunaan rasmi menteri besar.
“Tidak ada kereta baharu dibeli, kereta yang saya gunakan dibeli ketika
 zaman Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak ketika menjadi Menteri 
Besar. Saya guna kereta sama yang digunakan Allahyarham, iaitu Mercedes 
Benz S350, nombor plat KCX8,” katanya, kepada media, sejurus selesai 
majlis perhimpunan bulanan di Wisma Darul Aman. Menurutnya, Mercedes Benz S320 bernombor plat KBV8 yang dibeli pada 
tahun 2006 oleh menteri besar sebelum itu, iaitu Datuk Seri Mahdzir 
Khalid masih digunakan sehingga kini.
“Kereta itu masih digunakan tetapi kereta itu sudah lama, namun kita 
tidak membeli kereta baharu untuk kegunaan rasmi,” katanya. Mengulas dakwaan pembelian kereta Mercedes Benz S300 yang dikatakan 
berlaku beberapa bulan lalu, Mukhriz menegaskan, ia tidak berlaku 
seperti heboh diperkatakan.
“Kereta Mercedes Benz S300 yang saya gunakan di Kuala Lumpur untuk 
urusan rasmi adalah milik saya, bukan kerajaan negeri. Saya gunakan 
kereta peribadi untuk kurangkan beban kewangan kerajaan negeri, cuma 
diletakkan plat tertulis menteri besar bagi memudahkan urusan terutama 
jika memasuki perkarangan Istana,” katanya. Mukhriz turut memperjelaskan kereta miliknya itu dibeli dua tahun lalu.
“Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikecam kerana 
beli kereta baharu, sekarang nampaknya ada pihak cuba alihkan perhatian 
supaya isu itu dilupakan, dan tumpu pada saya pula. Mungkin pembangkang 
tidak ada isu untuk diketengahkan dan kaitkan isu peribadi seperti ini 
yang tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya. Menurutnya, pihaknya tidak terkejut sekiranya isu pembelian kereta 
rasmi akan dibawa hingga ke parlimen kerana pembangkang mahu menegakkan 
kebenaran, sedangkan parlimen adalah sebuah dewan yang mulia untuk 
menggubal undang-undang.
“Banyak lagi hal penting perlu diberi tumpuan, bukan hal remeh seperti ini,” katanya. Pada September 2011, Allahyarham Azizan dikecam apabila membeli KCX 8 
sebagai kereta rasmi tambahan milik kerajaan negeri untuk kegunaan 
kenamaan, manakala Allahyarham selesa menggunakan Mercedes Benz KBV 8, 
yang diwarisi daripada Mahdzir. KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011 manakala KBV 8 didaftar 5 April 
2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri 
Kedah. sinarharian
--  Budak 3 Tahun Mati Ditinggalkan 9 Jam Dalam Kereta (Gambar)
--  Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra (Gambar)
--  Proton Preve Kemalangan Dipandu Wanita Hingga Enjin Tercampak Keluar (Gambar) 
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 
 
 

No comments:
Post a Comment