ad ld

Pages

Showing posts with label dr riduan tee abdullah. Show all posts
Showing posts with label dr riduan tee abdullah. Show all posts

Monday, January 13, 2014

Juara Pencetus Ummah Hafiz Tetap Berdakwah Di Surau Dan Masjid

Juara Mimbar Pencetus Ummah iaitu Muhammad Hafiz Mohd Haneefa berjanji akan terus berdakwah di surau, sekolah dan masjid-masjid tanpa meletakkan harga yang tinggi biarpun sudah memenangi program realiti bercorak agama yang menjadi fenomena ketika ini.


Hafiz, 32, berkata, dia memasuki pertandingan tersebut atas dasar untuk mengembangkan dakwah dengan skop yang lebih luas dan bukan untuk mengejar populariti. "Saya akan terus berdakwah di surau, sekolah dan masjid-masjid seperti dahulu, biasanya terpulang kepada pihak mereka untuk beri seberapa sahaja yang mereka mampu. "Tujuan saya memasuki program ini pun bukan untuk meletakkan harga tinggi atau mengejar populariti, sebaliknya ingin mencari saluran yang lebih besar bagi menyebarkan dakwah," katanya.