Juara Mimbar Pencetus Ummah iaitu Muhammad Hafiz Mohd Haneefa
berjanji akan terus berdakwah di surau, sekolah dan masjid-masjid tanpa
meletakkan harga yang tinggi biarpun sudah memenangi program realiti
bercorak agama yang menjadi fenomena ketika ini.

Hafiz, 32, berkata, dia memasuki pertandingan tersebut atas dasar untuk mengembangkan dakwah dengan skop yang lebih luas dan bukan untuk mengejar populariti. "Saya akan terus berdakwah di surau, sekolah dan masjid-masjid seperti dahulu, biasanya terpulang kepada pihak mereka untuk beri seberapa sahaja yang mereka mampu. "Tujuan saya memasuki program ini pun bukan untuk meletakkan harga tinggi atau mengejar populariti, sebaliknya ingin mencari saluran yang lebih besar bagi menyebarkan dakwah," katanya.