Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas selepas
ditinggalkan hampir sembilan jam dalam kenderaan pelbagai guna (MPV)
bapanya di Indera Mahkota, Kuantan semalam. Mangsa, Muhammad Ariff Mohd Yusof ditemui bapanya di tempat duduk
belakang kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 5 petang.
Bapa mangsa berusia 41 tahun dikatakan terlupa untuk menghantar Muhammad Ariff yang sepatutnya memasuki taska di Indera Mahkota.Menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai keluar dari kuarters guru di Pandan, dekat sini kira-kira jam 7.30 pagi untuk menghantar lima anak mereka, termasuk mangsa ke sekolah dan taska.