Personaliti radio Aleya mengakui tertarik dengan sikap sabar dalam
diri Mohammed Azam Abdullah, 29, sehingga meyakinkannya mendirikan rumah
tangga semula. Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai Leya,
31, berkata, dia pernah menguji kesabaran lelaki tersebut dengan
pelbagai cara dalam tempoh perkenalan mereka.
"Saya mengenali dia (Mohammed Azam) tiga tahun lalu ketika kami sama-sama terlibat dalam teater Terima Kasih Cinta. "Sepanjang hubungan itu saya nampak dia seorang yang sangat penyabar, sebelum ini saya sering mengusik dan menguji kesabarannya, namun dia melepasi semua ujian tersebut," katanya.