
Dia Fadila atau nama sebenarnya Nur Nadia Fadila Abu Bakar, 26, selamat bernikah dengan Redza, 33. Dengan sekali lafaz, Dia yang dinikahkan oleh Imam dan Jurunikah Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Hafizan Ibrahim, berwalikan bapanya, Abu Bakar Sudin sah menjadi isteri kepada Redza yang merupakan pengurus pengiklanan kira-kira pukul 9.45 pagi.

“Sepanjang dua tahun perkenalan dulu kami hanya sekadar bertegur dan bertanya tentang kerjaya masing-masing sahaja. “Hubungan kami mula rapat sejak bulan November lalu selepas Redza mula ‘menegur’ saya melalui Google Talk,” ucapnya ketika ditemui selepas majlis pernikahan itu. Tambah Dia, sebelum itu dia sering menganggap Redza seorang yang sombong, begitu juga sifat Dia di mata Redza. “Selepas Redza menegur saya di Google Talk kami berjumpa. Redza ini jenis yang suka bercakap dan dari situ hubungan kami menjadi lebih erat,” ujarnya.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 70 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak itu, pasangan tersebut bersepakat menggantikan hantaran mereka kepada cenderahati. Sebanyak lima cenderahati untuk pengantin lelaki dan lima cenderahati juga buat pengantin perempuan. Manakala, mas kahwin kepada Dia pula merupakan senaskhah al-Quran, telekung dan wang berjumlah RM2,309.84.
Menurut Dia yang mula mengenali Redza sejak dua tahun lalu, hatinya terpaut dengan Redza kerana beranggapan lelaki tersebut amat sempurna untuknya. “Saya sukakan suami kerana dia bertanggungjawab dan memahami,” katanya yang mula menjalin cinta dengan Redza sejak November lalu.
Pasangan ini bagaimanapun belum merancang destinasi bulan madu dan bilangan cahaya mata yang bakal di peroleh. - kosmo
No comments:
Post a Comment