ad ld

Pages

Showing posts with label Farah Asyikin One In A Milion. Show all posts
Showing posts with label Farah Asyikin One In A Milion. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Pakaian Seksi FFM23 : Farah Asyikin Bukan Langgar Prinsip (Seksi/Ketat)

PETALING JAYA: Penyanyi, Farah Asyikin memberitahu pakaian yang digayakan dalam persembahannya pada acara kemuncak Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) tidak melanggar pendiriannya untuk tidak berpakaian seksi seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini.

Katanya, dia masih teguh dengan pendirian tersebut namun ia perlu mengikut kesesuaian sesebuah majlis. "Ya, memang sebelum ini saya pernah memberitahu untuk tidak lagi seksi. Tapi ia bergantung kepada sesebuah majlis, saya perlu tampil bersesuaian dengan persembahan saya pada malam itu. "Bukan saya melanggar pendirian yang telah saya buat, pada saya pakaian tersebut tidak seksi. Sebelum persembahan lagi saya sudah beritahu kepada pereka fesyen baju tersebut iaitu Arif Shukur agar bawa baju yang sopan dan tidak menampakkan kulit," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Farah juga menafikan bahawa dia telah mengubah pendiriannya akibat putus tunang baru-baru ini. "Ia tiada kena mengena dengan putus tunang, semasa saya buat kenyataan tersebut juga saya sudah fikir masak-masak. Kalau boleh memang saya tidak mahu berpakaian seksi lagi. "Saya lebih selesa dan selamat bila tidak seksi. Cuma untuk persembahan sahaja saya berpakaian bersesuaian. Itu pun seboleh-bolehnya tidak mahu seksi," katanya yang pernah berhasrat untuk tampil dengan imej berbaju kurung.

Menurut Farah, persembahan tersebut juga memerlukan dia membawa perwatakan seperti dalam filem Pisau Cukur. "Lagu tersebut merupakan lagu tema kepada filem Pisau Cukur, jadi saya perlu bawa watak nakal sedikit. Apa pun saya sangat menjaga batasan agar tidak terlalu berlebihan.

"Saya hanya buat yang terbaik, malam itu saya bukan sahaja membawa lagu tersebut tetapi mewakili filem tersebut," katanya. - mstar

Thursday, July 15, 2010

Farah Asyikin Bertunang Selepas Dilamar 6 Lelaki

Cukuplah Farah Asyikin menyatakan kini dirinya sudah menjadi tunangan orang. Pasti ramai yang sudah sedia maklum tentang hubungannya dengan duda berusia 36 tahun berasal dari Singapura seperti dihebahkan oleh media tempatan sejak Oktober lalu.Namun, dia menafikan akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini selepas mengikat tali pertunangan pada Jun lalu. Mereka saling mengenali sejak setahun lepas.

“Saya akan umumkan tarikh pernikahan kami apabila tiba masanya. Saya tidak mahu beri apa-apa komen tentang perkahwinan kami terlebih awal kerana belum tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. “Saya pernah berkahwin sebelum ini dan mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kerana ia tidak mendatangkan kebaikan sebaliknya keburukan,” katanya kepada mStar Online.

Khabarnya, selepas Farah diceraikan oleh bekas suaminya Dr. Fariz Yahya, 32, pada 26 Mei 2008, dia pernah dilamar oleh lima orang lelaki. Namun akhirnya dia memilih untuk menerima pinangan lelaki yang keenam yang menjadi tunangannya sekarang ini. Apakah keistimewaan lelaki itu, biarlah ia menjadi rahsia Farah.

Tunangannya menetap dan bekerja di Macau, sebagai jurutera bunyi. Disebabkan kesibukan tunang dan dirinya sendiri, sebab itu dia mengambil jalan untuk tidak memberi komen tentang tarikh pernikahan mereka. “Kami jarang berjumpa dan dia selalu sibuk dengan komitmen kerja di Macau. Jadi, saya tidak berani untuk berkata akan berkahwin pada hujung tahun ini. “Semuanya ketentuan Tuhan. Saya sebenarnya macam tak percaya daripada seorang sahabat kini kami sudah bertunang,” ujarnya yang ayu mengenakan baju kurung kapas.

Perkenalan mereka terdetik menerusi laman sosial Facebook. Pada mulanya Farah hanya menganggap tunangnya itu sebagai peminat biasa. Paling penting buat Farah apabila keluarga tunangnya itu dapat menerima dia seadanya. Malah hubungan mereka begitu rapat dan dia akui menyayangi keluarga itu seperti keluarganya sendiri. - mstar