
Khabarnya, selepas Farah diceraikan oleh bekas suaminya Dr. Fariz Yahya, 32, pada 26 Mei 2008, dia pernah dilamar oleh lima orang lelaki. Namun akhirnya dia memilih untuk menerima pinangan lelaki yang keenam yang menjadi tunangannya sekarang ini. Apakah keistimewaan lelaki itu, biarlah ia menjadi rahsia Farah.
Tunangannya menetap dan bekerja di Macau, sebagai jurutera bunyi. Disebabkan kesibukan tunang dan dirinya sendiri, sebab itu dia mengambil jalan untuk tidak memberi komen tentang tarikh pernikahan mereka. “Kami jarang berjumpa dan dia selalu sibuk dengan komitmen kerja di Macau. Jadi, saya tidak berani untuk berkata akan berkahwin pada hujung tahun ini. “Semuanya ketentuan Tuhan. Saya sebenarnya macam tak percaya daripada seorang sahabat kini kami sudah bertunang,” ujarnya yang ayu mengenakan baju kurung kapas.
Perkenalan mereka terdetik menerusi laman sosial Facebook. Pada mulanya Farah hanya menganggap tunangnya itu sebagai peminat biasa. Paling penting buat Farah apabila keluarga tunangnya itu dapat menerima dia seadanya. Malah hubungan mereka begitu rapat dan dia akui menyayangi keluarga itu seperti keluarganya sendiri. - mstar
No comments:
Post a Comment