ad ld

Pages

Wednesday, July 21, 2010

Showdown 2010 : Wakaka Crew Bakal Ke Taiwan

Umum sudah pun mengetahui juara sulung Showdown 2010 menjadi milik Wakaka Crew (WKK) sejurus tamatnya Grand Finale Showdown 2010 minggu lalu. Habuan yang diterima WKK ialah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi kejuaraan. 

Menariknya, WKK dikejutkan dengan imbuhan tambahan apabila pihak penaja, LG, berbesar hati menghadiahkan mereka sebuah telefon bimbit setiap seorang yang berharga hampir RM1,000. Itu baru sahaja ganjaran yang nampak secara zahirnya. Belum lagi peluang yang dijanjikan 8TV untuk menaja mereka menyertai R-16, salah sebuah pertandingan B-Boy yang berprestij di dunia yang bakal berlangsung di Korea pada penghujung nanti. Hakikatnya, itulah tuah yang dikecapi oleh sang juara. Berganda habuan yang diperoleh setelah mereka berjaya mengketepikan Giler Battle Crew (GBC) dan Floor Fever (FF) yang tidak kurang hebatnya pada malam itu.
 
Mereka yang menganggotai WKK ialah Muhamad Haslam Abd. Rahman (Alam), 24; Abdul Azim Md. Aris, 22; Muhammad Hairi Md. Rani, 17; Mohd. Nasiruddin Zainal Abidin, Muhamad Norizwan Anas, 22; Muhammad Ezhan Asman, 24 dan Mohamad Fitri Ibrahim, 19. Asalnya dianggotai oleh individu yang berlainan dan silih berganti. Kesudahannya, barisan yang diperkenalkan untuk menyertai Showdown 2010 adalah ahli terkini kru tarian jalanan itu. Pengalaman selama 7 tahun sebagai membuatkan WKK mampu berbangga apabila mendapat kepercayaan Kelab Rakan Muda Puchong untuk mengendalikan sebuah studio tarian di Kompleks Rakan Muda Puchong, Selangor.

Tambah Alam, persaingannya dengan pencabar terdekat, GBC telah lama wujud. Mereka mula menjadi seteru di gelanggang B-Boy sejak pengaruh tarian tersebut mula diperkenalkan di Malaysia pada 2003. “Namun, semua itu hanyalah ketika kami beraksi. Di luar gelanggang, WKK dan GBC adalah seperti rakan yang sentiasa berkongsi dan bertukar-tukar idea. “FF pula merupakan keluarga kami. Dalam dunia tarian B-Boy ini, ia boleh diibaratkan seperti MLM (perniagaan jualan langsung). Semuanya saling berkait,” cerita Alam teruja.

Alam memberitahu, WKK akan terbang ke Taiwan untuk menyertai Freestyle Session Taiwan yang akan diadakan beberapa bulan lagi. Pemergian mereka itu mendapat tajaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. - petikan utusan

No comments: