JAKARTA: Polis Indonesia menahan aktres dan model Luna Maya malam semalam selepas menuduh beliau enggan memberi kerjasama dengan anggpta penyiasat dalam skandal membabitkan pita video seks dengan vokalis kumpulan Peterpan, Nazril Ariel Irham.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Negara, Superintenden Marwoto Soeto mengesahkan Luna sudah ditahan secara rasmi. Luna ditahan kerana enggan bekerjasama ketika siasatan, kata Marwoto kepada akhbar Jakarta Globe dan menambah, aktres itu ditahan di bawah Undang-Undang Anti Kelucahan dan Kanun Jenayah.
Polis sebelum ini menyatakan, walaupun Luna dan Cut Tari didakwa pelaku dalam video klip lucah bersama Ariel, kedua-duanya tidak ditahan kerana mereka adalah mangsa kepada penyanyi itu. Ariel pula sudah didakwa dan ditahan lebih awal. Marwoto berkata, Cut Tari yang juga pengacara rancangan gosip televisyen Insert, tidak ditahan kerana memberi kerjasama. -bharian
No comments:
Post a Comment