
Dalam pementasan itu Razali memegang watak uda. "Saya rasa peminat lebih memahami apa itu realiti dan lakonan. Kalau kemesraan yang anda lihat di pentas itu adalah kemesraan antara Uda dan Dara yang diterjemahkan menerusi Razali dan Misha, ia adalah sesuatu yang bagus.
"Macam mana kita nak hidupkan satu-satu watak sekiranya dalam lakonan itu kami tidak dapat menghidupkan watak cinta dengan baik," katanya kepada pemberita sejurus selesai pementasan Uda dan Dara, Isnin. Misha yang cukup dikenali menerusi lagu popular beliau, Bunga-bunga Cinta diminta mengulas sama ada aksi-aksinya berpeluk bersama Razali mungkin mengundang kemarahan para peminatnya.

Apa pun, Misha berharap peminat memahami dipersembahkannya adalah untuk tatapan penonton dan ia merupakan satu tuntutan. "Sebenarnya setiap babak yang dilakonkan itu memerlukan pengorbanan daripada saya. Saya kena merelakan diri melakukan begitu bagi menjiwai watak Dara.
"Kalau di luar, tak berani saya nak buat macam itu," katanya sambil menyifatkan Uda dan Dara ialah Romeo dan Juliet bagi masyarakat Melayu.
Pementasan tersebut berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 10 Julai hingga 20 Julai ini. - mstar
No comments:
Post a Comment