Sheikh Muszaphar dan Halina hadir di majlis sidang media perkahwinan mereka di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, Selasa.
"Saya rasa tidak perlulah kami beritahu jumlah belanja yang dikeluarkan untuk perkahwinan kami. Cukuplah saya katakan kos itu ditanggung oleh kami sendiri dan ia diketahui oleh ahli keluarga sahaja," kata Sheikh Muszaphar. Bagi Sheikh Muszaphar, biarlah gelaran wedding of the year atau wedding of the decade itu diberikan kerana hasratnya untuk menjemput 10,000 tetamu terdiri daripada rakyat Malaysia dan bukannya disebabkan kos majlis berkenaan.Dalam pada itu, Ariff Quasri selaku perunding perkahwinan itu berjanji untuk memberikan kelainan kepada majlis yang turut dihadiri oleh 100 angkasawan dari 35 negara itu. Majlis perkahwinan tersebut akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya manakala majlis resepsi pula akan dibuat di Pusat Konvensyen Antarabangsa tempat yang sama. Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu dan memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan sempena ulang tahun ketiga Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas. - mstar
-- Klik SINI Gambar Perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Dan Dr Halina.
1 comment:
mesti mahal ni....
Penulisan Anak2
Post a Comment