ad ld

Pages

Wednesday, July 14, 2010

Annahita Bakavoli Berkahwin Dengan Datuk Saiful Baha

Hanya dgn sekali lafaz, pelakon dan model, Annahita Bakavoli, 28 sah menjadi isteri kepada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Saiful Baha Datuk Mohd Arshad, 44.


Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam selepas solat Asar, 11 Julai 2010. Kedua-dua mempelai dinikahkan oleh jurunikah Kawasan Shah Alam, Khairudin Hayon, manakala bapa Annahita, Mehdi Bakavoli bertindak sebagai wali.

Turut hadir ialah Tengku Panglima Selangor, Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz, ibu Saiful, datin Rohani Abd Mutalib, ibu Annahita, Norma Bahari, ahli keluarga terdekat dan kenalan. Annahita adalah Dewi Remaja (2002-2003) anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Media Karangkraf. - sinarharian

--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar) 
--  Nana Mahazan Bersalin Anak Kedua (Gambar) 
--  Aidil Zafuan Dan Zarema Zainal (Gambar) 
--  (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

No comments: