
Saiful yang menghubungi wartawan Harian Metro dari London, awal pagi kelmarin, dalam nada riang memberitahu yang dia dan isteri tercinta baru sampai di kota terbilang itu untuk berbulan madu selama 10 hari. Mereka akan kembali ke tanah air pada 28 Julai ini.
Kami berkenalan dan berkawan pun tidak lama jadi inilah masanya untuk lebih mengenali antara satu sama lain. "Sepanjang 10 hari di London, kami tidak tinggal di satu tempat kerana banyak tempat yang akan dilawati.
Ingin juga saya jelaskan di sini, Anna satu-satunya isteri saya sekarang. Siapa saya sebelum ini, biarlah ia tersimpan dalam lipatan kenangan. Apa yang saya harapkan sekarang, kebahagiaan kami berdua," katanya. Tambah Saiful walaupun mereka sudah berkahwin, dia akan terus memberi sokongan terhadap kerjaya dan minat isterinya. - Petikan hmetro
No comments:
Post a Comment