ad ld

Pages

Friday, March 11, 2011

Keputusan All England 2011 : Chong Wei Mara Ke Suku Akhir, Tewaskan Boa Chunlai

Tahniah Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2011 semlm. Semoga pemain no 1 dunia ini terus maju dlm misi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

- Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2011. Tampil dengan status selaku juara bertahan, pemain berusia 29 tahun itu mudah mengetepikan cabaran pemain China, Boa Chunlai 21-16, 21-16 pada aksi pusingan kedua di Birmingham, England semalam.

Keputusan itu sekali gus melebarkan rekod kemenangan Chong Wei ke atas Chunlai dengan memenangi 10 perlawanan daripada 14 pertemuan sebelum ini. Terdahulu, Chong Wei yang merupakan pemain ranking No. 1 dunia mara ke pusingan kedua selepas mencatatkan kemenangan ke atas Brice Leverdez dari Perancis 21-9, 21-11 pada aksi pusingan pertama kelmarin.

Bagaimanapun, laluan buat Chong Wei mempertahankan gelaran juara yang dimenanginya tahun lalu kini semakin sukar bermula daripada peringkat suku akhir yang berlangsung hari ini. Pada aksi suku akhir hari ini, Chong Wei bakal berdepan pemenang perlawanan di antara Boonsak Ponsana dari Thailand dengan perseorangan Korea Selatan, Lee Hyun Il.

Sementara itu, dua beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Mohd. Zakry Abdul Latif-Hoon Thien How turut melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas menewaskan lawan masing-masing. Kien Keat-Boon Heong mara selepas menang 21-10, 22-20 ke atas beregu Taiwan, Chen Hung Ling-Lin Yu Lang manakala Zakry-Thien How membenam cabaran gandingan Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 12-21, 21-14, 21-19. kosmo

-- All England 2011 Final: Chong Wei vs Lin Dan, Kien Keat Boon Heong vs Mathias Boe Carsten Mogensen
-- (Gambar) Amy Search Lawat Hairuman Mangsa Renjatan Elektrik Di Hospital
-- (Gambar) Jimmy Shanley Fail Nusyuz Kerana Anak
-- (Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri

No comments: