Tahniah The Red Warriors, menang lagi 3-0 ke atas Negeri Sembilan. Perhhh, MVP a.k.a Most Valuable Player Norshahrul Idlan Talaha jaringkan 2 gol beb. Cayalah.. Gomo Kelate Gomo!!!!
- Kelantan mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super selepas membenam Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam. Selepas gagal merobek gawang Negeri Sembilan pada babak pertama, Kelantan akhirnya memperoleh gol pembukaan menerusi S. Chanturu pada minit ke-49.
Gol tersebut ternyata menyemarak semangat barisan pemain tuan rumah untuk menambah jaringan dan hasilnya, Nor- shahrul Idlan Talaha meledak dua gol, masing-masing pada minit ke-74 dan 80. Kemenangan itu menyaksikan skuad The Red Warriors mengumpul 14 mata hasil empat kemenangan dan dua kali seri. Lebih manis, Kelantan yang ditabalkan selaku juara Piala Sultan Ahmad Shah masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi enam perlawanan.
Di Stadium Perak, pencabar terdekat Kelantan, Perak pula gagal mengutip mata penuh selepas sekadar seri 1-1 dengan skuad Harimau Muda A. Bagaimanapun, skuad Kejor Yob Kejor itu masih boleh berbangga kerana turut mengekalkan rekod bersih selepas enam perlawanan. Harimau Muda A terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Wan Zack Haikal pada minit ke-11 sebelum Muhamad Nor Azrul muncul penyelamat Perak dengan gol penyamaan lima minit sebelum perlawanan berakhir.
Di Stadium Darul Makmur, Pahang gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila seri 2-2 dengan Sabah. Sabah memperoleh dua gol awal mene- rusi Razlan Oto pada minit ke-30 dan Leo- pold Alfonso Otong (68). Namun, Pahang bangkit dengan dua gol sumbangan R. Surendran (70) dan Famirul Asraf Sayuti pada minit ke-79.
Di Stadium MBPJ, Felda United mengutip tiga mata penuh selepas menewas- kan wakil Terengganu, T-Team 2-0. Di Stadium Utama Negeri, Perlis gagal mengutip mata penuh apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur. kosmo
1 comment:
gomo kelate gomo.
;D
Post a Comment