
Walaupun lamaran itu diterima, namun keraguan masih bersarang di minda si gadis sehingga membuatnya mencabar sang jejaka supaya melamarnya sendiri di hadapan ibu bapanya. Tidak gentar dengan cabaran itu, sang jejaka mula mengatur langkah menyahut cabaran tersebut dan ia membuahkan hasil sebaik si gadis menyatakan kesediaan untuk menerimanya dengan seadanya. Begitulah antara rentetan percintaan yang dilalui oleh pengacara dan pelakon, Khardanie Anwa, 31, atau lebih dikenali dengan nama pentas Danny X-Factor bersama pilihan hatinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria (Lin), 25.

Pada majlis serba ringkas itu, Lin yang anggun mengenakan busana berwarna perak menerima sebentuk cincin pertunangan yang disarungkan ibu Danny, Shamsiah Shiraku. Danny yang kini merupakan pengacara program dokumentari Agro-Xplorasi bersama Annahita Bakavoli dan Nazrudin Rahman (Naz) turut menerima sebentuk cincin yang disarungkan ibu Lin, Siti Zabedah Samaon. Pada majlis pertunangan itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak perempuan. Kedua-dua pihak juga bersetuju mengikat tali pertunangan dalam tempoh enam bulan manakala wang hantaran dirahsiakan.
Menyambung bicara, Danny yang bakal memegang watak Ahmad Albob dalam drama bersiri Ahmad Albob Yang Punya menerusi slot Lagenda tidak lama lagi berkata, kematangan dan keperibadian pramugari syarikat penerbangan AirAsia itu merupakan perencah utama yang mengikat hatinya terhadap wanita itu. "Kami berkenalan tidak lama hanya sekitar setahun lalu namun mula rapat tanggal 1.11.11 dan saya yang memulakannya dulu dengan meminta nombor telefon Lin untuk dihubungi. "Saya masih ingat lokasi dating kami yang pertama adalah di restoran mamak di Sri Petaling.
Saya hubungi Lin untuk berjumpa dan rupa-rupanya dia juga menantikan panggilan saya. "Walaupun dia baru balik bertugas dari penerbangan ke London, kami tetap berjumpa pada malam itu dan disitulah berputiknya percintaan kami," katanya sambil tersenyum memandang Lin yang setia menemani usai majlis itu. utusan
-- Pengasas Produk Aveer, Rakan Datuk Sosilawati Ditemui Mati Tergantung
-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
-- Ibu Kahwin Lain Patah Tangan Kena Pasu Bunga Dihentak Anaknya
No comments:
Post a Comment