ad ld

Pages

Sunday, March 6, 2011

Pusat Pengundian Ditutup, Keputusan Pilihan Raya DUN Kerdau Dan Merlimau Dijangka 8 Malam

Proses pengundian bagi dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Merlimau, di sini dan Kerdau, Pahang ditutup tepat pukul 5 petang ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata semua tujuh pusat pengundian di Merlimau dan 13 di Kerdau telah ditutup dan peti undi kini dibawa ke pusat penjumlahan undi di kawasan masing-masing.

Jurucakap SPR bagi DUN Merlimau menjangka keputusan dapat diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Sementara itu di TEMERLOH, Pengawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Kerdau Datuk Tarif Abdul Rahman berkata semua peti undi di DUN itu dijangka tiba di pusat penjumlahan sebelum pukul 7 petang. "Proses penundian berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan," katanya. mstar

No comments: