Mcm2 dunia artis ni kan.. huhu..
- Pelakon jelita Farahdhiya menyifatkan penyanyi Deja Moss merupakan seorang pelakon senior yang tidak layak untuk dihormati. Ini berikutan kejadian pada pementasan teater Terima Kasih Cinta (TKC) Sabtu lalu di mana Deja Moss telah memesan sebanyak 10 jambangan bunga untuk diberikan kepada pelakon-pelakon utama teater tersebut sempena penutup pementasan berkenaan.
Bagaimanapun, Deja Moss dikatakan cuba memalukan Farahdhiya dan Norish Karman di hadapan penonton dengan merancang untuk menyerahkan jambangan bunga tersebut kepada pelakon lain kecuali dua pelakon tersebut. Farahdhiya memberitahu semasa di pentas, pelakon Shajiri dan Tony Yusof yang menerima bunga berkenaan telah menyerahkannya kepada dia dan Norish tanpa menyedari ia bukan untuk mereka berdua.
Kebetulan pula ketika habis pementasan Deja berdiri di sebelah saya dan saya tanya pada dia, siapa yang beri bunga itu? Dan Deja kata, “saya yang beri”. "Kerana tidak sedar dengan apa yang berlaku, saya terus mengucapkan terima kasih kepadanya kerana saya bermati-matian menyangka Deja memberikannya untuk saya. "Kemudian, bila saya dan Norish berehat di bilik bersama, tidak sangka pula Deja menyuruh Tony mengambil jambangan bunga itu semula kerana ia bukan milik kami.
"Tak ke nampak kelakar apabila Deja berkelakuan sebegitu? Sebenarnya saya tak rasa malu langsung seperti yang dia mahu lakukan. Tetapi saya malu melihat diri dia yang berkelakuan seperti kanak-kanak. "Saya tak sangka dan terkejut, seorang pelakon senior buat macam itu. Memang sejak kejadian itu saya tidak lagi menghormati mahupun mahu menegur dia," tegasnya yang dihubungi mStar Online, Selasa.
Tambah Farahdhiya sepanjang latihan TKC, dia dan Deja tidak mempunyai sebarang masalah antara satu sama lain dan kejadian tersebut membuatkan dia tertanya-tanya, apa punca Deja bersikap sedemikian. "Memang sehingga kini saya berasa bingung dengan apa yang dia lakukan dan menganggap Deja sebagai tidak beradab. "Tambah pula, industri seni kita bukannya besar mana kerana kita selalu akan bertentang mata. Jika benarlah niat dia mahu malukan kami berdua, Tuhan maha adil. Deja boleh teruskan perbuatan itu tetapi bukan kepada saya.
"Jangan pula ingat saya sengaja ingin hebohkan hal ini? Saya bercerita pun selepas pihak media yang tanya," tuturnya yang sibuk membuat promosi single lagu barunya yang berjudul Kau Telah Pergi. Farahdhiya kini mahu berehat dalam jangka masa sebulan untuk bercuti ke luar negara. Sementara itu usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Deja tidak kesampaian kerana dia tidak menjawab panggilan telefon. mstar
-- (Gambar) Jimmy Shanley Fail Nusyuz Kerana Anak
-- Bajet 2011: Skim Rumah Pertamaku Sgt Menarik, Loan 100%, 0 Deposit
-- Bekas Suami Daphne Iking Tak Mengaku Isobel Anak Kandungnya
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- Buffered Earning Ke 14 Utk 2011, Ke 4 Utk Mac, MAS MH Buddy, Alhamdulillah
1 comment:
macam-amacm cara nak aibkan orangkan..tp kena tgk pendapat deja dulu..sebab apa..
Post a Comment