![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjldL-_mdVdZ7NS-WxK9pvOkRz0fhfkNNfstSNQCuCqSA2tcVIonIze1tw9Z8UuA3-cbhBhfZSji73KTGG-Pdf9pdGR1-e5gYO6Y5vWU1U2DufsovkwtNq2u2dzijNKS5HlBoxFvxPJkyig/s200/lisda2.jpg)
Tanggal 15 Disember tahun lalu, yang juga jatuh pada ulang tahun hari lahirnya,dia berjaya menangkis saman fitnah terhadap pelakon tersebut. Maruah yang tercalar bagaikan berbayar dan kini dia sudah mampu tersenyum lebar. Dia bukan sahaja memenangi saman tersebut malah diperintahkan mahkamah agar Nadia membayar wang ganti rugi sebanyak RM250,000.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDUORj2odVLbFue7NUQIcAQdGWTQsjIKciv4zcrASR_Yf24bpztJ8VsXE70cdcMq4A7-1T1kMTn-0kJT9bp4LSvF1XOaQKSIAP86sSC7cWWteWZYXLRRc2cyrwtr97zPtrU2qOR8H_dqXh/s200/lisda1.jpg)
Tujuannya mengadakan sidang media tersebut bukan untuk membalas dendam atau mahu mencari gaduh dengan Nadia sebaliknya mahu membersihkan namanya dan menutup kes ini secara adil. Menyelak kes yang berlaku pada tahun 2003 itu, selama dua tahun berturut-turut cerita kurang enak tentang dirinya disiarkan oleh pihak media sehingga dia hilang punca pendapatan serta asetnya hampir ditarik oleh pihak bank. Disebabkan tidak tahan dengan penderitaan tersebut, Lisda telah memfailkan saman pada awal 2005 di Mahkamah Sesyen di sini dengan diwakili oleh peguam Karpal Singh.
"Saya tidak mahu dilabel kaki gaduh, jadi sebab itu saya memberikan penjelasan ini. "Alhamdulillah, saya rasa bersyukur setelah penantian ini berakhir dan kebenaran berpihak kepada saya. "Biarpun masalah ini telah selesai, hubungan saya dengan Nadia tiada masalah dan saya menganggap ia sebagai hubungan kemanusiaan," kata duta Slim World dan tuala penyayang She itu.
Dalam perkembangan lain, ibu kepada dua anak ini sedang menyelesaikan penggambaran drama Dia Bukan Maryam yang sedang disiarkan di TV9. Selepas ini, dia dijadualkan terbang ke Mekah selama 14 hari di samping pengarah Erma Fatima, pelakon Fouziah Gous, Fazura, Fahrin Ahmad, Khatijah Tan dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar. Selain itu, pada Januari lalu dia dan suaminya, Fauzi Nawawi turut dilantik sebagai duta kopi kesihatan. mstar
-- Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3
-- (Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis Di Kg Lembah Raja Pinang Tunggal P Pinang
-- (Gambar) Datuk Siti Nurhaliza Di Perasmian Masjid Al-Khalidiah Sg Petani, Tahniah
-- (Gambar) Peragut Mati Tertonggeng Dlm Longkang
No comments:
Post a Comment