ad ld

Pages

Showing posts with label the red warriors. Show all posts
Showing posts with label the red warriors. Show all posts

Saturday, May 18, 2013

Keputusan Penuh Perlawanan Liga Super 18.5.13

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk merampas takhta Liga Super daripada Lions XII  tidak kesampaian apabila dikecewakan Negeri Sembilan 1-2 di Stadium Paroi, malam ini. Kegagalan pasukan bimbingan B.Sathianathan bukan sahaja membuatkan mereka kekal di tangga kedua dengan mengumpul 33 mata selepas 18 perlawanan.

Sebaliknya turut merealisasikan misi skuad Hoben Jang Hoben untuk meraih kemenangan sulung  selepas tujuh seri dan sembilan tewas dalam perlawanan sebelum ini. Dalam perlawanan itu, ATM dikejutkan pada minit kedua apabila Fauzi Nan menjaringkan gol pertama buat Negeri Sembilan.

Sunday, May 29, 2011

Keputusan Kelantan vs Pahang Liga Super 28 Mei 2011

Tahniah Kelantan kembali bertakhta di persada Liga Super dgn menang 1-0 atasi Pahang. Terengganu pula alami kekalahan 0-1 Kedah hasil jaringan Badrol Bakhtiar.

Selangor menang 2-0 N.Sembilan. Perlis 0-1 Felda United. Perak 2-0 T Team.

Update separuh masa pertama:
- Kelantan mendahului 1-0 Pahang hasil jaringan Piya a.k.a Badri Radzi minit ke 8 separuh masa pertama. Norshahrul Idlan gagal menyumbat masuk sepakan penalti apabila berjaya diselamatkan penjaga gol Pahang.

Sementara itu Terengganu sedang ketinggalan 0-1 Kedah. Sama2 kita nantikan keputusan penuh perlawanan mlm ini ye. Permainan separuh masa kedua bersambung sebentar lagi.

Wednesday, May 11, 2011

Kelantan vs Negeri Sembilan, Keputusan Liga Super 10.5.11

Game yg sgt menarik antara Kelantan vs Negeri Sembilan di Stadium Paroi. Kedua dua pasukan saling menyerang bertali arus, mmg game yg boleh menaikkan adrenalin para penonton. Penjaga gol Apek perform sgt hebat dgn menyelamatkan byk percubaan drp player N9 spt Sharulain, Hairuddin. Striker Kelantan pn byk mencipta peluang di depan pintu gol lawan spt Nor Shahrul, Chanturu n Khalid Jamlus.

Pepun, Kelantan membawa pulang satu mata dgn keputusan seri 0-0. Masih kekal di tangga ke 2 di belakang Selangor. Semoga perlawanan slps ini akan memihak kpd Kelantan. Gomo Kelate Gomo!!!!

-- Cek Nuffnang Dh Tiba, Duit Masyukkk Lagi Alhamdulillah
-- Ratna Graduan UKM Mati Ditikam Di Bilik Sewa Di Tmn Mahkota Jln Stadium A Setar

Wednesday, March 2, 2011

Keputusan Liga Super Perlawanan 1.3.11, Kelantan 3-0 Negeri Sembilan

Tahniah The Red Warriors, menang lagi 3-0 ke atas Negeri Sembilan. Perhhh, MVP a.k.a Most Valuable Player Norshahrul Idlan Talaha jaringkan 2 gol beb. Cayalah.. Gomo Kelate Gomo!!!!

- Kelantan mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super selepas membenam Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam. Selepas gagal merobek gawang Negeri Sembilan pada babak pertama, Kelantan akhirnya memperoleh gol pembukaan menerusi S. Chanturu pada minit ke-49.

Gol tersebut ternyata menyemarak semangat barisan pemain tuan rumah untuk menambah jaringan dan hasilnya, Nor- shahrul Idlan Talaha meledak dua gol, masing-masing pada minit ke-74 dan 80. Kemenangan itu menyaksikan skuad The Red Warriors mengumpul 14 mata hasil empat kemenangan dan dua kali seri. Lebih manis, Kelantan yang ditabalkan selaku juara Piala Sultan Ahmad Shah masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi enam perlawanan.

Di Stadium Perak, pencabar terdekat Kelantan, Perak pula gagal mengutip mata penuh selepas sekadar seri 1-1 dengan skuad Harimau Muda A. Bagaimanapun, skuad Kejor Yob Kejor itu masih boleh berbangga kerana turut mengekalkan rekod bersih selepas enam perlawanan. Harimau Muda A terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Wan Zack Haikal pada minit ke-11 sebelum Muhamad Nor Azrul muncul penyelamat Perak dengan gol penyamaan lima minit sebelum perlawanan berakhir.

Di Stadium Darul Makmur, Pahang gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila seri 2-2 dengan Sabah. Sabah memperoleh dua gol awal mene- rusi Razlan Oto pada minit ke-30 dan Leo- pold Alfonso Otong (68). Namun, Pahang bangkit dengan dua gol sumbangan R. Surendran (70) dan Famirul Asraf Sayuti pada minit ke-79.

Di Stadium MBPJ, Felda United mengutip tiga mata penuh selepas menewas- kan wakil Terengganu, T-Team 2-0. Di Stadium Utama Negeri, Perlis gagal mengutip mata penuh apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur. kosmo