ad ld

Pages

Showing posts with label zairo. Show all posts
Showing posts with label zairo. Show all posts

Sunday, May 26, 2013

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala FA Kelantan vs Terengganu, JDT vs Pahang

Kelantan memperoleh bekalan selesa untuk ke separuh akhir kedua Piala FA dengan penuh bergaya selepas mempamerkan kebangkitan drastik dengan menundukkan Terengganu 4-1 pada aksi pertama di Stadium Sultan Muhammad IV.


Meskipun ketinggalan satu gol menerusi Ashaari Shamsudin pada minit kedua, ia nyata tidak menghalang skuad The Red Warrios (TRW) untuk mempamerkan persembahan cemerlang apabila penyerang import, Dickson Nwakame menyamakan kedudukan pada minit ke-79.

Skuad kendalian Bojan Hodak terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan skuad Penyu apabila meledak lagi tiga gol menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin (M-88), Obinna Nwaneri (M-90) sebelum  Zairo memastikan kemenangan milik Kelantan pada masa kecederaan.

Sementara itu, Johor Darul Takzim (JDT) sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 kepada Pahang pada satu lagi aksi perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Larkin. Kelebihan satu gol hasil Leonel Nunez pada minit ke-20 itu ternyata masih belum selamat buat pasukan Harimau Selatan yang akan bertandang ke Stadium Darul Makmur untuk separuh akhir kedua, Selasa ini.

--  Pernikahan Nik Suryani TV3 Dan Saiful Bukhari Di Masjid Kristal (Gambar)
-- (Gambar) Mayat Lelaki Putus Dua Kemalangan Di Jln Lingkaran Tengah MRR2
-- Gajah Melenggang Di Tepi Jalan Di Tanah Merah Kelantan

Saturday, May 18, 2013

Keputusan Penuh Perlawanan Liga Super 18.5.13

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk merampas takhta Liga Super daripada Lions XII  tidak kesampaian apabila dikecewakan Negeri Sembilan 1-2 di Stadium Paroi, malam ini. Kegagalan pasukan bimbingan B.Sathianathan bukan sahaja membuatkan mereka kekal di tangga kedua dengan mengumpul 33 mata selepas 18 perlawanan.

Sebaliknya turut merealisasikan misi skuad Hoben Jang Hoben untuk meraih kemenangan sulung  selepas tujuh seri dan sembilan tewas dalam perlawanan sebelum ini. Dalam perlawanan itu, ATM dikejutkan pada minit kedua apabila Fauzi Nan menjaringkan gol pertama buat Negeri Sembilan.