ad ld

Pages

Showing posts with label terkini datuk siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label terkini datuk siti nurhaliza. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Tagline Baru SimplySiti, Hok Kawe Lo Ni Jadi Hok Demo

Kota Bharu - Majlis promosi produk SimplySiti milik penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di Kompleks Beli-Belah KB Mall di sini gamat semalam gara-gara tagline baru loghat Kelantan. Daripada tagline asal Rahsiaku Kini Milikmu, Siti Nurhaliza menarik perhatian ratusan yang hadir dengan menukarnya kepada Hok Kawe Lo Ni Jadi Hok Demo.

Anggun berkurung moden dan berselendang hijau, Siti Nurhaliza bangga kerana rangkaian produk kecantikannya itu sudah menarik perhatian semakin ramai pelanggan termasuk penduduk Kelantan.

"Sambutan yang diterima di sini memberangsangkan, malah sudah melangkaui sasaran awal kami sejak SimplySiti dilancarkan pada April tahun lalu,'' katanya yang baru pulang daripada menunaikan umrah kelmarin. kosmo

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Lagi Bayi Mati Tersedak Susu Di Taska
-- (Gambar) Bas Terbabas Terbalik Di Km 214.4 Lebuhraya Utara Selatan Dkt Hentian Senawang
-- (Gambar) Amy Search Lawat Hairuman Mangsa Renjatan Elektrik Di Hospital

Sunday, February 20, 2011

(Gambar) Datuk Siti Nurhaliza Di Perasmian Masjid Al-Khalidiah Sg Petani

SUNGAI PETANI – Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah menyatakan impiannya untuk membina masjid. Impiannya itu tercapai semalam apabila Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir di sini.

Masjid berwarna putih dengan kos keseluruhan termasuk kelengkapan bernilai RM1.7 juta itu siap sepenuhnya pada Ogos tahun lalu hasil pembiayaan Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan berkenaan pada 2006.

Majlis perasmian itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Negeri Kedah 2010, Othman Azumi Ahmad.

Siti Nurhaliza bersyukur kerana proses pembinaan masjid itu selesai dengan majlis perasmiannya semalam yang kebetulan sama dengan tarikh lahir yang ke-52 suaminya. “Apabila kami berurusan dengan pejabat Istana, tarikh yang Tuanku pilih adalah hari ini (semalam) iaitu 19 Februari. kosmo

Friday, November 26, 2010

(Gambar) ABP 13 2010: Datuk Siti Nurhaliza Sah Tarik Diri Dari Anugerah Bintang Popular

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza (gambar) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular ke-13 (ABP13) tahun depan.

Menurut Siti, keputusan itu dibuat selepas memenangi anugerah Bintang Paling Popular pada tahun lalu. Malah Siti ingin menjadi seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik diri ketika berada di kemuncak kejayaan.

"Setakat ini saya sudah berjumpa pihak pengurusan ABP untuk menjelaskan tentang penarikan diri ini dan mereka menerimanya dengan baik. Saya juga telah memberitahu peminat-peminat dan mereka menyokong keputusan saya itu. "Apa yang penting, saya bersyukur kerana sepanjang 12 tahun ABP diadakan mereka (peminat) sentiasa memberi sokongan. Keputusan ini juga tiada kaitan dengan masalah tidak puas hati terhadap pihak pengurusan.

"Cukuplah sampai di sini. Keputusan muktamad ini juga saya inspirasikan daripada Tun Mahathir sendiri dan saya percaya orang akan ingat kita sampai bila-bila," katanya yang ditemui di sidang akhbar Anugerah Bintang Popular, di sini, semalam. Tambah Siti, adalah menjadi impiannya untuk menjadi penonton ABP, menyokong para penggiat seni lain yang bertanding.

"Saya tahu dan sedar saya tidak akan berada di atas selamanya. Satu hari nanti, ada orang yang akan menggantikan saya," ujarnya. - mstar

-- Video Datuk Siti Nurhaliza Nyanyi Bukan Cinta Biasa, Nobody, Nirmala Di ABP BH 2010 3.4.11
-- Rita Rudaini Berdamai Dgn Mertua: Aidil Kata Damai, Rita Kata Dusta.. Apa Cer?
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Murid 7 Thn Dipukul Meninggal Dunia, Guru Ditahan 

Friday, October 1, 2010

Datuk Siti Nurhaliza Jalani Rawatan Akupunktur Secara Kebetulan

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengaku melakukan kaedah rawatan penyuburan secara akupunktur bagi mendapatkan anak. Siti Nurhaliza berkata, kaedah rawatan tersebut dilakukan secara kebetulan ketika dia dan suaminya Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa bercuti di London sebelum menunaikan Umrah di Mekah pada Ogos lalu. "Saya akui ada buat rawatan penyuburan tetapi secara akupunktur dan meminum beberapa herba untuk penyuburan tetapi bukan menjalani rawatan persenyawaan tabung uji atau IVF (In Vitro Fertilisation) atau melalui permanian berhadas (IUI) seperti didakwa.

"Ia hanyalah kebetulan dan bukanlah dirancang kerana kami ke sana adalah sebagai meraikan ulang tahun perkahwinan ke empat kami," ujarnya ketika ditemui mStar Online semasa pelancaran lipstik terbaru SimplySiti, Khamis. Bagaimanapun, Siti mengaku dia sentiasa berusaha dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata sebagai pengikat kasih perkahwinannya yang dibina pada 2007. "Saya berserah kepada rezeki yang diberikan Allah, sebagai manusia saya sentiasa berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. "Namun begitu saya belum bersedia untuk melakukan rawatan secara serius seperti IVF dan IUI," katanya yang kini masih lagi bercuti dari sebarang kegiatan seninya.

Dalam pada itu, Siti juga menafikan dia membatalkan konsert Semangat Hari Malaysia yang dijadualkan pada 25 September lalu di Pulau Pinang kerana hamil. "Ia berikutan masalah kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Saya dinasihatkan agar tidak terlalu banyak bergerak terutamanya melakukan konsert.
"Alhamdulilah pihak kerajaan negeri dan peminat-peminat saya memahami perkara ini dan sentiasa memberi sokongan kepada saya," katanya. - mstar

Tuesday, September 28, 2010

Datuk Siti Nurhaliza Mengidam

Apabila tertera sahaja perkataan mengidam, pastinya tidak dapat mengelak dari berbicara tentang wanita hamil. Dalam diam-diam, rupanya penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sedang mengidam. Selalunya, wanita hamil akan mengidam sesuatu yang pelik-pelik. Namun berbeza dengan penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu. Siti sendiri mengakuinya, sewaktu ditemui di rumah terbuka Enfiniti Vision Media, anjuran Datuk Seri Effendi Norwawi dan isterinya, Datin Seri Tiara Jacquelina di Kota Kemuning. Ya, memang benar. Siti sedang mengidam.” ujar Siti membuka rahsia.

Tetapi bukanlah hamil. Sebaliknya, Siti hanya mengidam iPhone 4. Lebih-lebih lagi bila melihat model telefon bimbit pintar kegilaan dunia itu berada di depan mata Siti.” ujar Siti mematikan topik dirinya sedang hamil. Seperti pengguna telefon bimbit pintar yang lain, Siti cukup teruja dengan model terbaru iPhone 4 itu. Jenama terbaru telefon bimbit iPhone 4 dilancarkan Maxis pukul 12 tengah malam, Jumaat lalu di Kuala Lumpur. Kita lihat sendiri bagaimana pengguna jenama itu sanggup beratur panjang Jumaat lalu untuk menyaksikan majlis pelancaran rasmi yang hanya bermula pada pukul 12 tengah malam. Ada yang sanggup menunggu seawal pukul 5 petang bagi menjadi pemilik pertama telefon bimbit itu di Malaysia.” tambah Siti.

Sambil memegang telefon bimbit itu, Siti akui ia satu jenama yang baik dengan keunikan reka bentuknya. Suaminya, Datuk Khalid Mohamed Jiwa yang berada di sisi isterinya tersenyum sinis kerana faham benar impian isterinya itu. Turut hadir ke rumah terbuka itu bersama pasangan tersebut ialah anak mereka, Mohamed Azief yang turut memujuk bapanya membelikannya sebuah telefon bimbit tersebut. Siti percaya apa yang dilakukan Apple adalah untuk kepuasan pengguna jenama mereka. Untuk itu, fasa penyelidikan dan pembangunan sentiasa diteruskan untuk memastikan kualiti produk mereka berada di tahap yang terbaik.” terang Siti lagi bagi menguatkan alasan mengapa telefon bimbit itu sentiasa menjadi kegilaan remaja seluruh dunia.

Siti kini merupakan pemilik setia telefon bimbit jenama iPhone 3GS dan Blackberry Bold yang kedua-duanya digunakan untuk membuat panggilan selain berkomunikasi dengan peminatnya di laman sosial Facebook. Namun demikian, penyanyi yang memiliki pengikut lebih 228,000 itu masih belum memiliki akaun Twitter. - Gua