ad ld

Pages

Showing posts with label gambar haiwan pelik. Show all posts
Showing posts with label gambar haiwan pelik. Show all posts

Monday, December 30, 2013

Bangkai Haiwan Pelik Terdampar Di Pantai Sarawak (Gambar)

Bangkai seekor haiwan misteri ditemui terdampar di pantai berdekatan Pasir Panjang Santubong Sarawak. Rangka haiwan itu belum dapat dikenalpasti ia dari spesis apa.


Ukuran panjang lebih kurang 3 meter.

--  Stacy Terbuka Hati Untuk Peluk Islam (Gambar)
--  Lelaki Ditemui Mati Tergantung Selepas Bergaduh Dgn Isteri Baru Enam Bulan Kahwin (Gambar)
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
--  Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar) 

Friday, July 1, 2011

Gambar Ikan Pari Gergasi Berjaya Dirakam

Imej sekumpulan ikan pari manta gergasi berenang di Teluk Hanifaru, Kepulauan Maldives dirakamkan seorang jurugambar Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Friday, May 20, 2011

Gambar Anak Kucing Mata Satu Di Kg Bt 4 Jln Apas Tawau

Td tgh baca news on9, tgk citer ni anak kucing mata satu di Tawau. Pelik kan? Sblm ni ada citer kambing bermuka anjing, kepala ikan ada imej manusia, mcm2 lagi. Pepun semuanya kuasa Ilahi.

Sunday, March 27, 2011

(Gambar) Biri Biri Lahirkan Anak Anjing

Pelik dan ajaib. Biri biri lahirkan anak berupa anjing.

- Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam. Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China.

Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain. "Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing," kata Naiying. Kini, ladangnya dikunjungi oleh ramai penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu.

Mengulas mengenai kes itu, seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan, Yue Guozhang berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza. "Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, ia seekor anak biri-biri yang ganjil," katanya. kosmo

-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Gadis Bunuh Diri Terjun Tingkat 3 KB Mall
-- Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3
-- (Gambar) Ainul Aishah Kemalangan Langgar BMW, Pelakon Begitukah Cinta

Thursday, February 17, 2011

(Gambar) Sepasang NAGA Dilihat Di Kalimantan.. Takut Sehh..

Sape minat cer Merlin? Ada watak Naga dlm tu kan.. Tp picca ni bukan cer tv, real punya.. Panjang 40meter tu beb..Katanya yg bertanduk pn ada..

- KUTAI BARAT - Penduduk di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur digemparkan dengan kemunculan sepasang naga raksasa sebesar sepanjang 40 meter. Haiwan itu dilihat menyusur di permukaan air di Sungai Mahakam yang menghubungkan Riam Haloq, Kampung Long Tuyoq, Kecamatan Long Pahangai di sini.

Naga raksasa seperti ular itu didapati melintas di sungai ini diyakini masyarakat suku Dayak sebagai naga.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh akhbar Tribun, peristiwa kemunculan naga tersebut berlaku pada 29 Januari lepas.

Pada hari kejadian, sejumlah penumpang dan pemandu sebuah bot panjang yang dalam perjalanan ke sini melihat sepasang naga mirip ular raksasa itu melintas di permukaan Sungai Mahakam dari arah berlawanan. Bimbang mereka akan menjadi korban haiwan raksaksa itu, pemandu bot berkenaan mengemudi botnya ke tepi sungai untuk memberi laluan.

"Kedua-dua ekor naga itu bergerak terus dan tidak merasa terganggu dengan kehadiran bot itu," kata seorang penduduk tempatan, Dodik, yang mendengar tentang peristiwa itu daripada keluarganya di Mahakam Ulu. Pemandu dan beberapa penumpang bot itu kemudian merakamkan gambar raksaksa tersebut dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.

Gambar-gambar naga raksasa itu kemudian tersebar dan menggemparkan masyarakat tempatan. Menurut seorang penduduk di sini, terdapat dua naga yang dilihat. Salah satu haiwan itu dipercayai jantan kerana terdapat dua tanduk di kepala manakala naga betina pula tidak bertanduk. Kedua-dua haiwan itu memiliki empat kaki, kulit berwarna hitam dengan panjang sekitar 40 meter. kosmo

Monday, February 14, 2011

(Gambar) Ikan Paus Bengkok

HONOLULU - Seekor ikan paus yang gambarnya dirakamkan dari udara di Pulau Kauai, Hawaii didapati bengkok dekat bahagian ekornya, lapor sebuah akhbar semalam. Gambar ikan paus humpback itu dirakamkan dari sebuah pesawat pada Isnin lalu.

Pada mulanya, terdapat tanggapan bahawa sebuah bot mungkin melanggar bahagian belakang ikan tersebut.

Namun, seorang penyelaras Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), David Schofield berkata, ikan itu bengkok mungkin disebabkan penyakit scoliosis atau tulang melengkung.

Penyakit itu jarang dihidapi haiwan tetapi beberapa saintis menyatakan mereka pernah melihat ia turut berlaku ke atas ikan lumba-lumba. kosmo

(Gambar) Rama-Rama Bersayap Corak Kepala Ular

Agak2 apa reaksi uols bangun tido tetiba nmpk 'ular kepala dua' cmtu? Seram gak la kan..huhu. Terkejut gak td, tp kagum dgn ciptaan Tuhan kan. Subhanallah..

-- Kota Kinabalu: Seorang wanita yang nyenyak tidur terjaga selepas mendengar bunyi pelik di ruang tamu rumahnya di Kampung Suasa Beaufort, di sini, sebelum dikejutkan dengan kehadiran ‘ular berkepala dua’ berlingkar di lantai, menyebabkan dia menjerit ketakutan dan hampir pengsan.

Bagaimanapun, ketakutan dialami wanita terbabit hanya seketika selepas haiwan dikatakan ‘ular berkepala dua’ adalah rama-rama bersaiz gergasi yang memiliki corak sayap seperti kepala ular.

Detik mencemaskan dialami Siti Asian Ibrahim, 42, kira-kira 5.30 pagi kelmarin menyebabkan dia terjaga apabila terdengar bunyi dengusan seperti ular dalam rumahnya. Lebih memeranjatkan, haiwan ini mengeluarkan bunyi sama seperti dengusan ular,"katanya. petikan hmetro