ad ld

Pages

Tuesday, July 12, 2011

Semakan Calon PLKN Secara Online Dan SMS

Keinginan lebih 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta ibu bapa mereka di seluruh negara untuk menyemak status kumpulan pelatih baru sesi 2012 bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ternyata hampa apabila pelayan laman web PLKN tergendala sejak kelmarin dan berlarutan hingga malam tadi.

Kekecewaan mereka itu bertambah apabila usaha menyemak menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) juga tidak berjaya apabila mesej yang dihantar tidak dibalas. Berdasarkan maklumat pengendali program, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), akses bagi status pelatih terpilih sepatutnya boleh diketahui dengan melayari laman web PLKN di alamat www.khidmatnegara.gov.my atau menghantar SMS ke 15888.

Dianggarkan lebih 515,000 remaja yang berusia 18 tahun atau lahir pada 1994 membuat semakan untuk mengetahui jika mereka terpilih mengikut skim latihan selama tiga bulan itu.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil ketika dihubungi menjelaskan, ia berlaku disebabkan pelayan sistem komputer mereka tidak dapat menampung bebanan akses yang terlalu banyak pada satu-satu masa. Katanya, JLKN menjangkakan semalam kira-kira 500,000 bakal pelatih cuba mengakses laman web mereka selain menggunakan khidmat SMS. kosmo

No comments: