ad ld

Pages

Sunday, July 31, 2011

Ashraf @ Aleesha Meninggal Dunia

Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.

Lelaki berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.55 pagi, iaitu hanya sehari selepas mendapatkan rawatan.

Bapa mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika mengesahkan kematian Ashraf menjelaskan, anaknya itu dimasukkan ke HSNZ pukul 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah yang teruk.

Jelasnya, pihak keluarga juga akur dengan keputusan mahkamah dan telah bersetuju untuk menguruskan serta mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan bukannya Aleesya Farhana. “Semua keluarga terdekat berada di sisi arwah pada saat-saat terakhirnya. Pemergian Ashraf merupakan satu kehilangan besar buat keluarga,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HSNZ semalam. kosmo

-- Info To Share: Isteri Angkasawan, Dr Halina Bersalin Dalam Air
-- Pahit Manis - 1st Love: Saga FLX 1.3L CVT, Harga, Spec, Gambar Dan Warna Terkini

1 comment:

asyraaf munshi said...

memohon tukar nama ...mahkamah tolak>>>kembali kepada allah s.w.t..
ini semua mesty ada hikmahnya...huhuh