ad ld

Pages

Monday, July 18, 2011

Dr Lo' Lo' Ahli Parlimen Titiwangsa Meninggal Dunia

Takziah utk keluarga arwah Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yg telah meninggal dunia akibat penyakit kanser paru-paru pd 10.20mlm, Ahad di Hospital Selayang.


Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dato Keramat di sini pada pukul 11.10 pagi. Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Akram pada pukul 10.30 pagi dan solat jenazah Allahyarham diimamkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Suasana sayu dan suram menyelubungi perkarangan masjid yang tidak putus-putus dikunjungi orang ramai sejak malam Ahad. Kira-kira 2,000 orang termasuk beberapa pemimpin tertinggi PAS, antaranya Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Hussam Musa serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir memberikan penghormatan terakhir. Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut kelihatan menziarahi jenazah.

Dr Lo'Lo yang terkenal dengan kelantangannya bersuara di dalam Parlimen menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.20 malam, Ahad di Hospital Selayang kerana menghidap penyakit kanser paru-paru sejak dua tahun lalu.

Beliau meninggalkan suami Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim serta empat orang anak, Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan dan seorang cucu.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo’ Lo’ menewaskan calon BN, Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi. mstar

No comments: