ad ld

Pages

Saturday, August 6, 2011

Kelantan, Selangor Diundi Laluan Mudah Piala Malaysia

Juara bertahan, Kelantan mendapat laluan mudah untuk sekurang-kurangnya ke separuh akhir apabila diundi dalam Kumpulan C bersama Johor FC, Felda United dan Sarawak dalam Kumpulan C Piala Malaysia.

Malahan, jika keempat-empat pasukan pilihan iaitu Terengganu, Selangor dan Kedah muncul juara kumpulan masing-masing, Red Warriors dapat mengelak pertemuan dengan Terengganu dan Selangor pada separuh akhir, sebaliknya akan berdepan Kedah.

Sementara itu, di sebalik reputasi gah menjulang Piala Malaysia 32 kali, Selangor lebih gemar untuk memperbaiki pencapaian musim lalu dengan melepasi suku akhir terlebih dulu selepas diundi agak selesa dalam Kumpulan D. Jurulatihnya, K. Devan menganggap peluang Merah Kuning untuk mengulangi kejayaan terakhir yang dijulang pada 2005 hanya akan lebih jelas sekiranya mampu melepasi tentangan musuh sekumpulan, T-Team, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). utusan

-- (Gambar) Ikan Air Tawar Gergasi Lbh 118kg Ditangkap
-- Ally Iskandar Putus Tunang Dgn Aishah Gadis Melayu 1
-- (Gambar) Khairul Fahmi Che Mat Dpt Rumah Dri Kerajaan Kelantan - Perhhh!!!

No comments: