ad ld

Pages

Friday, August 12, 2011

Seri Najwa Ferda Hilang Di Kampar, Ditemui Di Batu Pahat

Seri Najwa Ferda Hasan, pelajar tingkatan lima yang dilaporkan hilang selepas keluar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar di sini pada Khamis lalu, ditemui di Batu Pahat, Johor yang terletak kira-kira 440 kilometer dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, gadis tersebut dijumpai di tepi jalan di Jalan Johor-Air Hitam pada pukul 9 malam tadi.

“Sejak laporan kehilangan mangsa dibuat pada 4 Ogos lalu, polis menjalankan siasatan dan hasil maklumat yang kita dapat telah membawa satu pasukan ke Johor. “Kita berjaya menemui mangsa di tepi gerai jualan kerepek di Jalan Johor-Air Hitam bersama dengan seorang lelaki Melayu berasal dari Ipoh yang dipercayai teman lelakinya,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Abdul Aziz, sejurus selepas itu, pihaknya telah membuat laporan menangkap dua remaja berkenaan dan membawa mereka Balai Polis Kampar bagi membantu siasatan. utusan

-- Video Pelajar Malaysia Cedera Dipukul Dan Dirompak Di London
-- (Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor
-- Kes Rozaliya Bakal Pengantin Hilang: Ditemui Slmt Di Bukit Bintang, Kerja 2 Hari Di Kedai Serbaneka

1 comment:

Lelord said...

haishhh lari ngan boifren ke