Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.
Seri Najwa Ferda Hasan, pelajar tingkatan lima yang dilaporkan hilang selepas keluar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar di sini pada Khamis lalu, ditemui di Batu Pahat, Johor yang terletak kira-kira 440 kilometer dari rumahnya.