Seorang ibu yang sedang menikmati makan malam tidak menyangka rengekan
anak bongsu berusia dua tahun rupa-rupanya ingin memberitahu melihat
abangnya tergantung di ruang tamu rumah mereka di Kampung Luit, Maran. Percakapan pelat anak kecil itu dengan isyarat tangan di leher pada
mulanya tidak diendahkan, namun diulangi beberapa kali sehingga menarik
perhatian ibunya.
Menurut ibu berusia lingkungan 40-an itu, anak sulungnya yang baharu pulang dari rumah rakannya kira-kira jam 9.45 malam memberitahu mahu menghubungi isterinya di Kuala Lumpur.Katanya, lalu dia mengizinkan anaknya menggunakan telefon bimbitnya bagi tujuan tersebut.