Seremban - Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta di Hotel S2 di sini baru-baru ini selepas dihadapkan ke tiga Mahkamah Majistret semalam.Di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh., Inspektor Mohd. Azuan Yasin, 32, dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan Mohamed Nadzeem Zainal Larifin, 25, menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai pistol pada pukul 2.50 pagi di ruang tamu Hotel S2 di sini pada 17 Julai lalu.